Categories: LIFESTYLEOMG

Dilabel Kejam Dan Gila, Dua Lelaki Ini Sanggup Masukkan Kucing Dalam Mesin Pengering Sehingga Mati

Semalam tular satu video menunjukkan dua individu lelaki yang tidak berperi kemanusiaan apabila sanggup memasukkan seekor kucing betina ke dalam mesin pengering sehingga mati. Kucing malang itu juga dipercayai kucing terbiar dan sedang bunting. 

Video berdurasi 45 saat itu dirakam menerusi CCTV di sebuah dobi di Taman Gombak Ria, Kuala Lumpur. Jika dilihat pada video terbabit, individu berkenaan telah selesai membasuh pakaian kemudian datang semula dan melakukan perbuatan kejam itu, lalu meninggalkan kedai dobi berkenaan.

 

Kejadian tersebut diketahui apabila seorang pelanggan dobi tersebut terkejut melihat bangkai kucing yang berlumuran darah di dalam mesin tersebut. 

Dan, kejadian tersebut sekaligus mengundang pelbagai reaksi masyarakat Malaysia termasuklah golongan artis dan juga Persatuan Haiwan Malaysia.

 

 

 

Apa lah nak jadi dekat manusia zaman sekarang sampai hilang pertimbangan kan? Takkan lah haiwan pun sanggup dijadikan bahan gelak dan bahan eksperimen. 

Apapun, semoga individu terbabit diberikan balasan yang setimpalnya.

Salma Syahbuddin