Categories: Oh Lawa

Anjing Pun Dapat Bergaya Dalam Pakaian Couture Di Runway New York Fashion Week!

Bagi segelintir orang bukan Muslim, binatang peliharaan mereka (khususnya anjing) boleh digunakan sebagai aksesori fesyen.

Tapi dalam dunia Anthony Rubio, manusialah aksesorinya, bukan anjing. Haha!

Pereka fesyen ini dikenali sebagai Pet Couturier dan dia telah design pakaian untuk kaum wanita serta anjing (canine couture).

Di acara New York Fashion Week Ahad lalu, Anthony telah menghantar kedua-dua model wanita dan anjing untuk menghiasi runway pertunjukan fesyennya.

“Kenapa si tuan saja yang boleh bergaya?” katanya kepada MarieClaire.com tentang koleksi Spring/Summer 2019 miliknya.

“Lagipun, orang lain mesti akan perasan anjing itu dulu sebelum mereka alihkan perhatian mereka kepada tuannya.” Betul juga.

Jom lihat gambar-gambar model dan pasangan anjing mereka yang tampil di acara itu. Kedua-duanya nampak bergaya!

Foto: Getty Images/Arun Nevader

Foto: Getty Images/Arun Nevader

Foto: Getty Images/Arun Nevader

Foto:

Foto: Getty Images/Arun Nevader

Foto: Getty Images/Arun Nevader

Anjing-anjing ini memakai pakaian couture, okay? Jangan main-main!

Di akhir pertunjukkan fesyennya, dia tampilkan seekor anjing Labrador Retriever bernama Sunny. Tapi haiwan ini, sambil memperagakan sehelai vest Art Deco dengan labuci emas, tak kurang bergaya seperti orang yang membawanya ke pentas itu.

Foto: Getty ImagesArun Nevader

Ini merupakan kali ketujuh bagi Anthony untuk menonjolkan pakaian couture untuk anjing yang custom-made di New York Fashion Week.

Dalam sebuah kenyataan tentang pertunjukkan fesyennya, dia berkata yang pasangan-pasangan model dan anjing di atas bukan saja persembahkan gaya menawan.

Tetapi mereka juga telah mendedikasikan masa untuk berkenalan di antara satu sama lain dan mengharmonikan peragaan mereka supaya keseluruhan pertunjukkan fesyen kami berjalan lancar.

Wow! Betul, memang tak mudah untuk bekerja dengan haiwan. 

Di bawah ini pula gambar-gambar daripada pertunjukkan fesyen Anthony di NYFW pada tahun lepas.

Foto: Mouhsine Idrissi

Foto: Mouhsine Idrissi

Foto: Mouhsine Idrissi

Foto: Mouhsine Idrissi

Foto: Mouhsine Idrissi

Foto: Mouhsine Idrissi

Foto: Mouhsine Idrissi

Foto: Mouhsine Idrissi

Mungkin lepas ini pereka fesyen Muslim boleh buat fashion show yang melibatkan kucing pula? 

Sumber: Marie Claire

Ad Ops