Guna Wang Sendiri Hulur Bantuan Cari Bendera Putih, Tindakan Cik B Dipuji Ramai

Baru-baru ini, tindakan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendapat perhatian ramai.

Dalam usaha untuk menyebarkan semangat bendera putih, Cik B telah turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi Instastorynya, Cik B turut berkongsi video dirinya mengagihkan barang-barang keperluan kepada mereka yang terjejas dan melihat sendiri keadaan rumah mereka.

“Hari ini saya nak pergi menolong orang yang perlukan bantuan. Cik B nak pergi cari bendera putih. Esok Cik B akan mengedarkan barangan ini.

“Kalau korang nak, boleh bagitahu area mana tapi dekat Ipoh je tau. Ini sedikit sebanyak yang mampu Cik B bagi,” katanya.

Usaha Cik B itu mendapat perhatian dan pujian ramai pihak kerana biarpun masih berusia 16 tahun namun tanggungjawab dan semangatnya itu wajar menjadi contoh kepada orang ramai.

Malah, Vida sendiri turut bangga dengan tindakan Cik B.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”