Categories: HiburanSelebriti

Hadiah ‘Berhantu’ Sufian Suhaimi

Selamat Hari Jadi ke 26 tahun, Sufian Suhaimi! Nampaknya penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Matamu ini terima hadiah lebih besar tahun ini. Wah apa tu agaknya?

Baru-baru ini, single ‘berhantu’ itu mencatat kejayaan apabila ditonton lebih 20 juta penonton di Youtube.

Ini hadiah hari jadi paling bermakna…Saya tidak menjangka penerimaan peminat terhadap lagu ini cukup kuat.

“ Saya amat bersyukur dan harapan saya agar momentum single terbaharu ini sentiasa mendapat tempat di hati semua biarpun saya tahu banyak lagu lain bersaing di pasaran.

“Namun, dalam hati, saya mahu lagu ini lebih berjaya berbanding karya yang pernah saya hasilkan. Ini hadiah paling istimewa sempena hari jadi saya yang ke-26,” katanya.

Penyanyi yang pernah bertunang dengan pelakon Elfira Loy ini memberitahu dia akan meneruskan usaha menghasilkan karya terbaik selepas ini!

Saya mahu lari dari kebiasaan, kemungkinan saya akan tampil dengan konsep R&B atau rock demi mencari aura berbeza,” katanya.

Terdahulu, Sufian pernah tampil dengan single meletop menerusi Terakhir, Terasa Ada serta Harus Aku.

 

SGMS Faida