Events By: Halimey Zamal January 27, 2023 @ 6:46pm

Hadiah Buat Peminat, Konsert Ulang Tahun Ke 25 Saujana Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur

Kumpulan nasyid Saujana yang pernah terkenal dengan lagu-lagu ketuhanan atau religi pada penghujung era 90-an bakal melangsungkan konsert sulung sebagai hadiah buat peminat.

Konsert ini bertujuan bagi meraikan ulang tahun ke-25 penglibatan Saujana di dalam industri muzik tanah air dan akan berlangsung di Zepp KL bertarikh 5 Mac 2023 pada jam 8.30 malam.

Selain itu, idea awal konsert ini dicetuskan oleh beberapa anggota Saujana iaitu Mohammad Suffian Amrin, Azalinor Abdul Rahman, Ahmad Zuhaidi Abd Aziz serta Puan Samirah Hambali yang mewakili Mac Training Centre.

Lebih menarik lagi, konsert ini bakal menggabungkan kesemua anggota Saujana yang lain antaranya, Ahmad Zuhaidi Abdul Aziz, Dr Khairul Idzwan (Idzu) Baharin, Mohd Hakimi Harun, Dr Faizul Hizal Ghazali, dan Wan Najran Wan Noh.

Konsert Saujana 25 Tahun akan menampilkan gabungan lagu ketuhanan yang disuntik dengan elemen irama tradisional, hasil kolaborasi Saujana sendiri bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang dipimpin oleh Yazid Zakaria.

Konsert ini juga bakal menampilkan beberapa artis undangan lain seperti Ustaz Nazrey Johani, kumpulan Awla (gabungan Saujana dan NowSeeheart), Andika serta Ustaz Nabil.

Menurut Zuhaidi iaitu pengarah projek Konsert Saujana 25 Tahun, menjelaskan idea untuk menggabungkan semula Saujana dalam sebuah persembahan telah tercetus sejak lima tahun lalu.

“Apabila melihat ramai kawan-kawan dalam arena muzik nasyid membuat konsert melalui dana DKD, kami juga rasa terpanggil untuk buat.

“Lebih-lebih lagi Saujana tidak pernah buat konsert. Sedangkan kumpulan nasyid lain ada yang sudah buat lebih dari sekali konsert. Alhamdulillah, inilah masanya untuk kami gabungkan semula ahli-ahli lama untuk menghargai 25 tahun penglibatan Saujana,” kata Zuhaidi.

Selain itu, Zuhaidi bersyukur kerana ditemukan bersama Puan Samirah Hambali yang mempunyai  pengalaman luas dalam mengadakan konsert berskala besar.

“Atas perbincangan bersama, kami cuba cetuskan sebuah konsep yang sedikit berbeza iaitu menggabungkan lagu-lagu ketuhanan Saujana dengan irama tradisional.

“Ia sesuatu yang segar dan unik sebab ia bukan sahaja boleh menarik minat penggemar muzik nasyid sahaja tetapi juga penggemat muzik Melayu. Berpeluang bekerjasama dengan OTM pimpinan Encik Yazid Zakaria adalah satu penghormatan yang besar.

“Malah, kita juga turut berbesar hati apabila apabila dapat mengundang Ustaz Nazrey untuk terlibat di dalam konsert ini bersama artis-artis undangan lain,” katanya lagi.

Konsert Saujana 25 tahun ini turut dibantu oleh Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Istana Budaya, Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), AnNadi serta Zepp Kuala Lumpur sebagai rakan rasmi.

Tiket sudah boleh didapati dengan harga RM265 (Upper Deck- Platinum dan Ground Platinum), RM213 (Upper Deck-Gold dan Ground Gold), RM161 (Upper Deck- Silver dan Ground Silver) serta RM109 (Ground Bronze). Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Mar 2022
Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Kecewa Dengan Respons Bekas Suami, Fatin Afeefa Luah Rasa Kesal – “Apa Salah Arrian? Dia Selalu Doakan Lepas Solat..”

Anak soleh Arrian ni 🥺 Moga semua yang terbaik saja buat anak-anak Fatin Afeefa ❤️

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Katanya Abam Kongkong Isteri Selepas Kahwin !

Betul ke Abam kongkong isterinya selepas berkahwin atau ada sebab disebaliknya? Pasti ada sebab kalau betul

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

‘Allahuakbar…Caption Kau’- Pengarah Nur 2 Kecewa Dengan Siapa Tu?

Beliau turut mengingatkan agar penulis tidak sesuka hati membuka aib orang lain dan sentiasa beringat tentang dosa sendiri.

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Ziana- Armin Bercerai Talak Satu

20 tahun berkongsi kasih, saya tidak berdendam kerana saya bukan orang begitu. Saya sudah lama maafkan dia. Untuk Kak Ziana, semoga terus kuat untuk anak-anak…

Featured Tue, 4 Oct 2022

Dipakaikan Pendakap Leher, Lesti Kejora Alami Tulang Bergeser Akibat Dipukul

Allahuakbar 😥 Semoga Lesti cepat sembuh & mendapatkan keadilan sewajarnya 💪

Hiburan Tue, 27 Nov 2018
Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Super Junior’s Heechul Sells Off Car To Prevent Making Mistakes

Heechul said that he never wanted to hurt anyone else so he decided to sell off his car.

| Live TV