Hafidz Roshdi Akui ‘Nervous’ Berdepan Nad Zainal – “Tak Tahu Kenapa, Tapi Dia Memang…”

Pelakon Hafidz Roshdi mengakui sedikit gementar setiap kali digandingkan bersama pelakon, Nad Zainal.

Menurut Hafidz atau nama sebenarnya Mohd Hafidz Roshdi, 28, bergandingan bersama Nad Zainal adalah salah satu cabaran yang terpaksa dilalui ketika penggambaran drama terbaharunya berjudul, Harith Fayyad.

“Saya sebenarnya dengan Nad Zainal saya nervous sikit. Tak tahulah… saya memang dari dulu, saya rasa banyak scene saya dengan dia yang saya jadi nervous. Saya pun tak tahulah kenapa,” katanya kepada Xtra.

Malah, Hafidz yang menyifatkan Nad Zainal sebagai seorang pelakon hebat antara faktor utama kenapa dia berasa gementar tiap kali berdepan Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 ini.

“Nad Zainal memang seorang pelakon yang hebat. Jadi bila saya bergandingan dengan dia saya jadi nervous.

“Tapi yang lain dari segi dialog dan lontaran tu semua, alhamdulillah okay,” jelasnya.

Hafidz ditemui ketika sesi sidang media secara maya menerusi drama Harith Fayyad yang kini ditayangkan di slot Akasia bermula 1 April 2022.

Selain Hafidz, drama ini turut diserikan dengan lakonan hebat Fauziah Nawi, Adam Lee, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Cahaya Nilam, Shamsul Ghau Ghau, Julia Farhana dan ramai lagi.

 

Salma Syahbuddin