Featured By: Maya Basir March 22, 2023 @ 6:42pm

Hajat Farid Kamal Bawa Anak-Anak Naik Kereta Baru Tak Kesampaian – “Tiba-Tiba Muncul Kereta Peronda Polis…”

Farid Kamil telah melakukan pelbagai usaha untuk memujuk isterinya, Diana Danielle agar tidak meneruskan permohonan perceraian.

Memetik laporan Kosmo, pengurusnya, Azhari Hamid memberitahu hasrat Farid tidak kesampaian untuk membawa anak-anak keluar untuk menaiki kereta yang baru dibeli untuk kegunaan sekeluarga.

Malah, dipercayai ada yang menghubungi pihak polis peronda untuk menghalang Farid berjumpa anak-anaknya.

“Sebenarnya Farid menerima notis mahkamah berhubung sebutan kes permohonan daripada Diana minggu lalu, tetapi dia cuba positifkan diri dengan berusaha memujuk.

“Walaupun diminta keluar dari kediaman mereka sejak 3 Mac lalu selain tidak dapat berjumpa anak-anaknya sepanjang tempoh itu, Farid tetap menaruh harapan terhadap perkahwinan mereka.

“Cuma apabila tidak dibenarkan membawa keluar Muhammad dan Nur Aurora, serta secara tiba-tiba muncul pula kereta peronda polis di pos pengawal rumah mereka, dia terkejut dan sedih. Saya tahu Farid menangis sebab matanya sembab.

“Mungkin Farid tidak menyangka dia dihalang berjumpa anak-anak, sedangkan kes dibawa ke mahkamah hanya membabitkan permohonan perceraian,” katanya.

Namun begitu, Azhari berkata Farid akur dengan keputusan mahkamah Hakim Syarie, Shukran Yusof yang memerintahkan dia dan isteri untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini namun, Farid enggan melafazkan cerai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 Mar 2023
Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kenapalah Anak Kedua Macam Ni…”- Asyalliee Ahmad

Sudah pasti ramai yang mengenali pempengaruh Asyalliee Ahmad atau lebih mesra disapa Asya yang pernah menjadi bualan ramai selepas mula popular dengan video tular ‘macam cantik je, macam comel je’. Walaupun kini dirinya sudah bergelar

Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Kenapa Nana Berminat Cari Protege Bujang?

Jika dia bagus dan boleh memberikan sepenuh komitmen, kenapa tidak? Sebagai penyanyi yang memulakan kerjaya sejak sekolah lagi, saya sudah melalui banyak peralihan.

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

GEGARIA嘉年华8个必打卡点

一个聚集了吃喝玩乐的Gegaria嘉年华,于上周末在新山Plaza Angsana圆满举行!受邀出席采访的小编发现,嘉年华不仅适合老人与小孩,更是年轻人「必去」,因为……实在有太多可以打卡的点, po一个星期都没有问题!

Contest Thu, 6 Feb 2020

| Live TV

error: Content is protected !!