Categories: HiburanSelebriti

Hamil Kembar Zizie Izette Kongsi Rahsia

Zizie Izette mendedahkan biarpun beliau diberitahu dirinya sukar hamil, namun bayi kembar yang dikandungnya sekarang bukan melalui rawatan kesuburan (IVF).

“Ramai mesej saya secara peribadi bertanya petua mengandung daripada saya dan jika saya ada makan ubat subur atau makanan tambahan untuk hamil. Saya tidak keberatan untuk kongsi jika benar saya melakukannya. Namun saya hamil secara semula jadi tanpa sebarang rawatan”

“Sebelum ini, doktor tidak pernah beritahu saya ada masalah untuk hamil, cuma saya percaya rezeki itu masih belum ada. Kepada sesiapa yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, saya harap jangan putus asa,” jelasnya  mengenai kehamilannya.

Penantian yang agak lama untuk mendapatkan zuriat sendiri tidak mematahkan semangat Zizie untuk terus berusaha, selain itu Zizie sempat memberi semangat kepada pasangan yang masih tidak dikurniakan anak supaya terus berikhtiar dan berdoa untuk diberikan rezeki.

SGMS Enal