Categories: Hiburan

Bertunang Saja, Belum Lagi Nikah

Akhirnya terjawab sudah spekulasi hubungan pelakon terkenal Fattah Amin dan Fazura, sebentar tadi.
Menerusi sidang media yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, Fattah Amin memberitahu pada tarikh 13 November, pihak keluarganya ada menghantar rombongan meminang seterusnya mengikat tali pertunangan.
‘Alasan kami sepakat untuk berkongsi tarikh keramat itu selepas kami balik tunai umrah dan kami hendak fokus ibadah umrah,” beritahu Fatah.
Terdahulu, nama Fattah dan Fazura menjadi bualan ramai apabila muncul pelbagai spekulasi melaporkan pasangan ini sudah bernikah.
‘Semuanya bukan dari mulut kami. Ingin saya tegaskan, kami tidak bernikah di Mekah. Kami mahu menjalani proses dan persiapan pernikahan seperti orang biasa,’ jelas Fattah dengan tenang.
Drama bersiri Hero Seorang Cinderella arahan pengarah terkenal, Micheal Ang menjadi saksi permulaan bibit cinta antara pasangan sama cantik sama padan ini. Tahniah daripada kami!
SGMS Putri