Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir December 4, 2023 @ 7:01pm

Hampir 7 Bulan Tak Sebumbung… Puteri Zarith Masih Berstatus Isteri, Kes Cerai Sedang Berjalan – “Emosi Anak-Anak Paling Penting”

Usahawan dan pempengaruh, Puteri Zarith masih berstatus isteri kepada Dr Munzir Shokri meskipun sudah tidak tinggal sebumbung hampir tujuh bulan.

Menurut Puteri, kes perceraian bersama suami masih lagi berjalan dan dia lebih mengutamakan emosi anak-anak.

“Dia masih lagi suami saya sebab lafaz cerai belum dibuat. Perceraian kami masih dalam proses mahkamah, jadi saya tidak boleh memberikan komen lanjut. Ia terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Kami sudah tidak tinggal sebumbung lebih kurang tujuh bulan lalu. Saya mohon doakan yang terbaik untuk kami. Apa paling penting sekarang kami ingin menjaga kebajikan dan emosi anak-anak,” katanya.

Pada Mei lalu, Puteri mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami dan keputusan dibuat selepas melalui perbincangan secara baik.

Keputusan itu dibuat disebabkan rumah tangga mereka mula bermasalah sejak tahun lalu selepas 14 tahun berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Zarith Fail Cerai Selepas 14 Tahun Kahwin – “Hubungan Kami Mula Bermasalah Sejak Tahun Lalu”

Terdahulu, Puteri dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Rayyan Darwish dan Puteri Medina.

Dalam pada itu, Puteri tidak menyalahkan tanggapan netizen yang mendakwa punca mereka bercerai disebabkan pergaulannya bersama rakan-rakan selebriti.

Katanya, netizen hanya membuat penilaian daripada luaran tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

“Tidak dapat dinafikan dari segi luaran orang boleh nampak hubungan saya dengan kawan-kawan sangat rapat.

“Suami pula seorang doktor, jadi dia lebih pendiam. Bila netizen nak nilai disebabkan itu, logiklah kan?

“Saya juga tidak salahkan netizen namun mereka tidak berada di tempat saya dan tidak tahu keadaan sebenar. Apa yang berlaku hanya di antara saya, suami dan keluarga, hanya saya yang tahu,” jelasnya.

Puteri ditemui di majlis pelancaran produk minuman pembakar lemak terbaharu The Teh Tarix di Hotel W, Kuala Lumpur pada Ahad.

Produk di bawah jenama PZ itu merupakan cabang bisnes baharu Puteri dan dia mengendalikannya bersendirian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

#ABPBH31: Aizat Tak Pernah Undi Diri Sendiri

Sekiranya dipilih, Alhamdulillah… Kalau tak dipilih pun tak apa. Apapun, terima kasih bagi yang mengundi untuk ke peringkat seterusnya…Terima Kasih!

Featured Wed, 5 Mar 2025

“Biar Hilang Anak Bini, Asal Jangan Hilang Kawan”- Fara Salleh Perli Shuk Sahar?

Fara turut mendoakan agar Shuk bertemu dengan seorang wanita yang lebih baik serta lebih memahami dirinya.

Trending Thu, 14 May 2020

Berita Tular Tentang Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Adalah Palsu – KPM

Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab ye.

Hiburan Sun, 1 Feb 2026

Ayu Damit Dedah Pernah Tertekan Dikritik Tak Cantik, Dr Hisham Dzakiria Bantu Jadi Penyelamat

Sepanjang hampir 18 tahun berada dalam industri hiburan, Ayu Damit sering dilabel berimej kampung

Trending Thu, 23 Aug 2018

整容般的化妆技术「大婶一秒变女神」

市面上除了有越来越多厉害的化妆品外,女孩们的化妆术也更强大啦!近日在抖音上又有一用户放了堪称整形前后对比的美妆影片,这到底有多厉害呢?

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Featured Wed, 14 Aug 2024
Featured Tue, 12 Apr 2022
error: Content is protected !!