Hantar Ke Airport Tunai Umrah, Beto Kusyairy Syukur Dikurniakan Sahabat Seperti Azhan Rani

Pelakon versatil, Azhan Rani menghantar sahabat baiknya, Beto Kusyairy ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah di kota Makkah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Azhan sebak biarpun itu bukanlah kali pertama dia menghantar Beto ke lapangan terbang.

“Bukanlah kali pertama aku hantar kau ke airport, tapi kali ni lain. Safe flight sahabat.

“Semoga banyak yang indah-indah untuk korang berdua di sana nanti. Moga dipermudahkan urusan diberi ketenangan dan beroleh umrah yang mabrur. Insya-Allah, nanti balik buat bulat sahabatku,” tulis Azhan.

Sementara itu, Beto juga sempat menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih terhadap Azhan.

“Terima kasih sahabat, Alhamdulillah bersyukur aku dirahmati dengan sahabat yang baik,” tulis Beto.

Hasil tinjauan di ruangan komen, wargamaya mendoakan urusan umrah Beto dipermudahkan dan ada juga yang terharu melihat persahabatan dua sekawan itu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan.

“Love your friendship, semoga berkekalan persahabatan till jannah.

“Semoga mendapat umrah yang mabrur dan dimakbulkan segala doa,” komen peminatnya.

 

Halimey Zamal