Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2022 @ 1:40pm

“Hanya Pencinta Kucing Je Yang Faham Perasaan Kehilangan Ni…” – Netizen Turut Berduka Kucing Kesayangan Zara Zya Mati

Pelakon Zara Zya dilihat berkongsi kesedihannya apabila memaklumkan beliau telah kehilangan kucing kesayangannya iaitu Gabby  menerusi siaran live di aplikasi TikTok miliknya baru-baru ini.

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36, punca utama kematian kucing kesayangannya itu adalah disebabkan kedua belah buah pinggang Gabby bengkak.

Malah, menerusi rakaman video yang dimuat naik semula oleh peminatnya, Zara dilihat menangis dan menjelaskan bahawa Gabby merupakan kucing yang telah dijaganya sejak kecil lagi.

“Gabby adalah kucing first saya mati hari ini. Saya beli dia masa dia kecil. Dia selalu teman saya tidur, teman saya makan. Kadang-kadang dia pun tak nak makan kalau saya tak teman dia. Dia manja sangat.

“Dia sampai gastrik sebab taknak makan kalau saya tak teman dia…. Sekarang ni saya baru balik shooting. Balik-balik tadi saya terus tanam dia.

“Sekarang ni kucing saya ada tiga ekor je selepas kematian Gabby,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

 

Sementara itu, Zara turut menyelar tindakan segelintir warganet yang dilihat  seolah-olah tidak memiliki rasa empati apabila ada yang sanggup  mentertawakannya ketika berkongsi perasaan sedihnya kehilangan kucing tersayang.

“Saya tak faham kenapa orang ketawa bila saya menangis sebab kucing.

“Bila saya cerita, saya bagi kucing saya ubat, orang ketawa… Kenapa?

“Dia makhluk yang bernyawa. saya bela dia macam anak saya sendiri. Saya tak faham kenapa ada orang yang ketawakan saya bila saya cakap pasal kucing saya mati,” jelasnya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut beliau memahami perasaan Zara malah, mengakui hanya pencinta kucing sahaja yang dapat merasai perasaan sama seperti dirinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Jan 2018

“Farid Kamil Tertekan Lama Tak Jumpa Anak”

Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Moga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

AIM中文音乐颁奖典礼耀眼回归!明年1月4日Menara PGRM举办

《AIM中文音乐颁奖典礼》耀眼回归,2020年1月4日(星期六)晚上8时,在Menara PGRM举办。

Featured Thu, 5 May 2022

“Saya Pernah Sayangkan Seseorang…” – Syafie Naswip Kini Lebih Bahagia

Syafie kini lebih bahagia selepas meninggalkan hubungan toksik dengan bekas tunang.

Trending Thu, 3 Sep 2020

Ringkas Tapi Penuh Kelembutan, Mira Filzah Sah Jadi Isteri Wan Emir Dengan Sekali Lafaz

Tahniah Mira dan Emir, semoga bahagia hingga ke syurga❤️

Events Fri, 3 Jan 2020

Masya & Jeryl Proved There Is No Language Barrier In Music As They Sung 7 Languages At The Start Of New Year

When two vocal powerhouses unite in one stage, it signifies the great start of a new year!

Events Fri, 21 Jun 2019

I Can See Your Voice Musim Kedua Lebih Mencabar?

Jangan ketinggalan untuk saksikan ICSYVMY musim kedua pada AHAD Ini!

Featured Tue, 7 Aug 2018
Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun