‘Hanya Saya Dan Fizo Sahaja Yang Tahu’- Isteri Mohon Orang Ramai Henti Spekulasi

Susulan masalah rumah tangga pelakon Fizo Omar, isterinya Mawar Abdul Karim tampil memohon agar masyarakat tidak masuk campur dalam hal ini.

Menerusi Instagram Mawar, dia meminta masyarakat berhenti mengeluarkan sebarang spekulasi tentang hubungan antara dia dan suami iaitu pelakon Fizo Omar.

 “Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar.

“Hanya saya dan Fizo saja tahu,rasa apa yang kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa- apa spekulasi mengenai rumah tangga kami,” luahnya.

Spekulasi kuat bertebaran memberitahu hubungan mereka diibaratkan seperti retak menanti belah apabila usahawan wanita berkenaan dikatakan sudah berjumpa dengan peguam.

“Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah, sudah tentu saya perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya.

“Kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna. Mungkin ini ujian berat untuk saya dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah,” ujarnya.

Kita doakan yang terbaik buat pasangan ini…semoga ada sinar menanti di hadapan. Insha Allah.

SGMS Faida