Baru berusia 21 tahun, penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli sudah mampu membawa kedua ibu bapanya mengerjakan umrah dan mereka dijadualkan bertolak pada 28 November ini.
Penyanyi lagu Lembah Kesepian ini meluahkan rasa syukur kerana dimurahkan rezeki untuk menjadi tetamu Allah pada usia yang muda. Pernah menyuarakan hasrat untuk membawa ibu bapanya menunaikan umrah sebagai membalas jasa mereka selama ini, Haqiem gembira kerana impiannya menjadi kenyataan.
“Saya sebenarnya menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah, sejak tiga tahun lalu. Justeru saya amat bersyukur apabila impian itu akhirnya tercapai juga. Apatah lagi, saya bakal menunaikan umrah bersama keluarga dan sanak saudara.
“Saya amat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada usia 21 tahun.
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅