Terlantar Di Hospital, Zulin Aziz Jalani Pembedahan Batu Karang?

Baru-baru ini pengacara dan pelawak popular Zulin Aziz berkongsi berita mengejutkan mengenai kesihatannya apabila beliau bakal menjalani pembedahan di sebuah hospital.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda binti Abdul Aziz berkongsi sebuah posting menerusi laman  Instagram miliknya yang menunjukkan dirinya sedang terlantar di atas katil wad hospital.

 

Sumber: Instagram Zulin Aziz

Walaupun tidak menjelaskan tujuan sebenar pembedahan tersebut namun, Zulin dipercayai mengalami masalah penyakit batu karang berdasarkan perkongsian hashtagnya.

 

“Mohon doakan pembedahan saya berjalan lancar, selamat dan dipanjangkan umur ya?
Tahun ni saya sambut birthday saya yang ke-30 di hospital. Tak apalah tak dapat makan kek, tiup lilin. Dapat doa dari korang pun dah Alhamdulillah, Moga-moga Allah makbulkan doa-doa kita, Amin. #batuhempedu,”  tulisnya.

 

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis yang sempat meninggalkan komen dan mendoakan agar pelantun lagu “Ketika Itu” selamat menjalani pembedahan.

 

Sumber: Instagram Zulin Aziz

 

Sumber: Instagram Zulin Aziz

 

Xtra doakan semoga Zulin cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa ye! 

Syafiqa Irdina