Harris Baba Kembali Menyanyi!

Penyanyi Harris Baba akui teruja kerana bakal membuat ‘comeback’ selepas lebih kurang dua tahun menyepi.

Menurut Harris dia bakal muncul dengan sebuah album Julai ini bagi mengubati kerinduan peminatnya.

“Saya kini dalam proses pembikinan album terbaharu. Saya bersyukur kerana lebih kurang dua tahun tidak muncul dengan material baharu akhirnya kini dapat kembali ke dalam industri.

“Saya kini dalam proses merakamkan beberapa buah lagu lagi serta dua buah muzik video khas untuk album ini.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang ia akan dilancarkan pada Julai ini,” katanya kepada Gempak.

Penyanyi yang berasal dari Singapura itu berkata selama ini dia menyepi kerana sibuk menguruskan keluarga.

“Sebelum ini saya banyak di Sabah bersama isteri dan anak-anak saya. Saya banyak sibuk uruskan keluarga tetapi kini anak kedua saya sudah sedikit besar iaitu lapan bulan.

“Jadi saya rasa sudah tiba masanya saya untuk kembali menyanyi.

“Tapi kini saya terpakasa ulang alik ke Sabah dan Kuala Lumpur demi keluarga dan dalam masa menyiapkan album saya ini,” katanya lagi.

Harris mendirikan rumah tangga dengan wanita dari Sabah, Nik Naziha Nawawi pada Mei 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Aleena Ziya, 2, dan Muhammad Umar Baba, 8.
 
Oleh: Syafiqah Jalal

Sumber: Gempak

SGMS Enal