Featured By: Fatin Nurain August 29, 2022 @ 3:08pm

Hasilkan Album Baharu Di Studio Muzik Ikonik Dunia, Sissy Imann Puas Hati Impian Peribadi Tercapai

Penyanyi dan pengacara Sissy Imann berpuas hati setelah impian peribadinya untuk menghasilkan album baharu di studio muzik ikonik dunia, Abbey Road Studios, London, tercapai bulan lalu.

Menurut Sissy, kejayaan itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya dia ingin mencari kepuasan untuk dirinya dalam industri muzik.

“Saya tak boleh nak kata apa dan ubah apa yang mereka ingin fikirkan. Jadi diri sendirilah yang kena berfikiran positif. Ini bukan soal berlagak tetapi lebih kepada mencari kepuasan,” katanya.

Pada mulanya, kehadiran Sissy di kota London itu hanyalah untuk bercuti, namun dirinya terdetik untuk mencuba nasib mendapatkan slot rakaman studio yang pernah menghasilkan lagu kumpulan lagenda The Beatles.

Ibarat mimpi menjadi kenyataan, Sissy sanggup berhabis ribuan ringgit demi mencapai kejayaan peribadinya itu kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang muzik di samping mengutip pengalaman.

“Banyak saya dapat pertanyaan kenapa London? Semua ini sebab passion. Memang tak dinafikan, kalau nak dapatkan bunyi seperti di sini (lokal), banyak saja studio bagus di kawasan Kuala Lumpur.

“Tetapi di London, selain Abbey Road Studios itu sendiri, saya nak pengalaman bekerja di luar. Saya mahu rasai pengalaman buat kerja dengan orang luar, memang sangat berbeza,” katanya.

Selain itu, pengacara Muzik-Muzik itu juga sempat berkongsi pengalamannya ketika merakam muzik di studio idamannya itu.

“Kalau studio di sini, penyanyi akan merakamkan lagu mengikut bahagian, contohnya korus terlebih dahulu. Tetapi di sana, cara kerja mereka sangat profesional.

“Sepanjang di sana, saya rakam lagu dari awal sampai habis. Kalau ada rasa tak puas hati dan nak ulang korus, perlu mula dari awal. Ibarat buat persembahan secara langsung,” kongsinya.

Sissy juga menyatakan dirinya hanya mengambil masa selama 10 jam untuk menyempurnakan proses rakaman enam buah lagu untuk album baharunya, di sana.

Malah, penyanyi itu turut menyifatkan pelaburannya itu adalah berkat hasil kerja kerasnya menyimpan wang selama ini, biarpun penerimaan orang ramai terhadap album tesebut belum diketahui.

“Bila rakam lagu di sana, saya memang niat untuk diri sendiri. Ini juga untuk segala jerih perih ayahanda yang hantar saya belajar muzik dari kecil. Dia juga banyak melabur untuk karier saya.

“Secara peribadi, ini kejayaan untuk saya. Apa-apa yang datang selepas ini, sama ada lagu diterima atau tidak, saya serahkan segalanya kepada aturan rezeki. Saya cuma buat yang terbaik,” jelasnya.

Sementara itu, Sissy juga menganggap pengalaman ini juga sangat berharga buat dirinya kerana dapat menimba ilmu baharu di sana, biarpun dia merupakan seorang guru muzik di Malaysia.

“Kena pandang dari sudut lain juga. Saya ke sana selain untuk capai kepuasan sendiri, sebenarnya skil dan pengalaman itu yang sangat mahal.

“Saya mengajar muzik, jadi skill daripada orang di sana yang saya nak dapatkan, termasuk melihat budaya kerja mereka.

“Ditambah pula pengalaman melihat peralatan studio yang canggih,” katanya yang berpeluang bermain piano yang pernah digunakan The Beatles di dalam studio berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)


Selain Sissy, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan Kugiran Masdo juga pernah berpeluang untuk merakam lagu di studio terkemuka itu.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Tue, 7 May 2019

Tak Terkesan Dengan Komen Netizen, Scha Alyahya Buang Sifat Baran!

Ibu kepada Lara Alana ini juga mengingatkan netizen di luar sana bahawa selebriti juga manusia biasa yang memiliki perasaan sedih.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

李欣怡开脱口秀不够预算 管启源任主持人

车祸撞她不死,失恋哭她不坏,Cheryl李欣怡早已从失意的熔炉里百炼成钢,十年磨一剑的《全世界沙揦》脱口秀,9月8日开麦!

Featured Tue, 8 Feb 2022
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Selamat Hari Lahir ke 35 tahun, Fazura! Ucapan SWEET Fattah Buat Anda Rasa Nak Cepat Kahwin

Semoga Allah melindungi dan merahmati awak dengan kebaikan di dunia dan akhirat. Saya tahu awak akan menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak kita.

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

HaHa and Byul are Expecting Their 3rd Child!

Congratulations to the couple!

Featured Thu, 20 Jul 2023