“Hati Awak Yang Terkubur…” – Naim Daniel Kemurungan?

“Nasib awaklah, penghibur,” luah pelakon dan penyanyi, Naim Daniel, 22, menerusi akaun Instagramnya tentang perasaannya sebagai anak seni yang sentiasa menjadi kecaman ramai.

Penyanyi lagu Sumpah itu meluahkan ada masyarakat menganggap penghibur itu kalis makian dan menjadi tempat untuk melepaskan geram masyarakat.

“Orang beranggapan awak kalis makian, memang menjadi bahan ‘punching bag’ mulut masyarakat, sampaikan makan minum, bangun tidur awak pun sering terfikir apa orang akan kata.

“Nasib awaklah, penghibur. Tika awak leka menghibur, hati awak yang terkubur,” tulisnya.

Luahan Naim itu mendapat reaksi pelbagai daripada peminat sehingga ada beranggapan dia kini dalam kemurungan.

Bagaimana pun, dia menafikan sedang murung sebaliknya berharap luahan perasaan itu dapat membuka mata banyak pihak untuk bangkit dan faham situasi mereka yang mengalami kemurungan.

“Saya sebenarnya jarang tulis pasal emosi di media sosial sebab bukan orang nak tahu pun,” katanya.

 

Oleh: Guy Masaki

Del14