Categories: AcaraGaya Hidup

Kempen Always Be Clean (ABC) tingkat kesedaran kebersihan untuk kanak-kanak

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Kempen bertemakan Antabax Always Be Clean(ABC) anjuran KPJ Healthcare Ampang Puteri dan Antabax, jenama rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal nombor satu di Q-dees Bukit Antarabangsa adalah bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang. 

Ini kerana kira kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan. Kanak-kanak perlu dididik mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko penyebaran bakteria penyakit berjangkit seperti batuk, selsema, penyakit kaki, tangan dan mulut serta influenza.

Maskot Antabax memeriahkan kempen yang diadakan di tadika Q-dees Bukit Antarabangsa. Foto: NSTP/Mustaffa Kamal

Pengarah Perubatan KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Abdul Wahad Abdul Ghani berkata proses mendidik handaklah bermula sejak kecil dan inilah masa yang sesuai untuk mendidik kanak-kanak mengenai tabiat kesihatan yang perlu mereka amalkan.

“Kanak-kanak perlu dididik dengan tabiat kesihatan yang baik bermula dari usia yang muda. Kita berharap agar apa yang dipelajari oleh mereka menerusi kempen ini akan diamalkan sepanjang hidup mereka.”

Sementara itu, Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee pula berkata, Antabax sentiasa mencari idea bagi diperkenalkan kepada masyarakat mengenai elemen kebersihan yang boleh diamalkan dalam kehidupan.

“Antabax sentiasa bersedia untuk sama-sama berkongsi idea atau maklumat dengan pengguna mengenai amalan kebersihan yang baik menerusi pelbagai kempen yang kreatif.

“Kempen ini bertujuan untuk membuatkan konsep kebersihan tangan lebih mudah bagi kanak-kanak terutama sekali kenapa dan bagaimana mereka seharusnya perlu membasuh tangan,” katanya ketika ditemui pada kempen berkenaan.

Jururawat KPJ Ampang Puteri memberi kesedaran mengenai penyakit kaki, tangan dan mulut kepada kanak-kanak di Q-dees Bukit Antarabngsa. Foto: NSTP/Mustaffa Kamal

Demo cara-cara membasuh tangan dengan betul bersama jururawat KPJ Ampang Puteri. Foto: NSTP/Mustaffa Kamal

Pada kempen sama, pelatih dan jururawat dari KPJ Ampang Puteri juga turut sama-sama menyertai kempen dengan memberi kesedaran mengenai penyakit kaki, tangan dan mulut serta mendidik kanak-kanak mengenai teknik membasuh tangan yang betul. 

tex_admin