Hati Linda Nanuwil Sudah Dicuri?

Penyanyi Linda Nanuwil mengakui sedang mengenali hati seorang jejaka namun enggan terlalu berkongsi lebih lanjut mengenainya.

Kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Jika Kau Kekasih ini memaklumkan masih terlalu awal untuk dirinya berkongsi mengenai jejaka kelahiran Sabah ini.

“ Cukup saya katakan kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Dia orangnya sangat memahami diri dan karier seni saya.

“ Dalam masa sama, saya sukakan lelaki yang sederhana dan ciri-ciri itu ada pada dia,” kata Linda.

Penyanyi berusia 35 tahun ini tidak mahu tergesa dalam urusan jodoh dan menyerahkan segalanya kepada takdir.

“ Saya mengaku belum sedia sepenuhnya bergelar isteri buat masa ini kerana mahu memberi tumpuan penuh kepada kerjaya muzik.

“ Namun begitu, saya berhasrat berkahwin sebelum umur mencecah 40 tahun. Doakan yang terbaik,” katanya yang kini giat membuat kemunculan semula.

Linda yang aktif menerima persembahan di Sabah pernah berdepan dengan kontroversi di mana dirinya didakwa pernah berkahwin dalam diam.

“ Saya masih solo dan belum pernah berkahwin,” katanya ringkas.

SGMS Faida