Akui Status Jantina, Sam Smith Adalah Non-Binary!

Penyanyi popular menerusi lagu Too Good At Goodbyes ini pernah mengakui dirinya merupakan seorang gay dan beliau gembira diatas pengakuan tersebut. 

Namun, menerusi satu wawancara yang dibuat baru-baru ini, ‘I Weigh Interviews’ Sam Smith bagaimanapun tampil mendedahkan status jantina beliau. Wow!

Dalam sesi wawancara tersebut, Sam Smith mengakui dirinya itu bukanlah seorang lelaki mahupun wanita sebaliknya, menganggap diri beliau sebagai seorang non-binary atau seseorang yang mempunyai identiti tetapi boleh menjadi kedua-duanya.

Walaupun status penyanyi ini seringkali menjadi tanda tanya namun, sesetengah peminat fanatik beliau masih tidak dapat menerima hakikat bahawa penyanyi kesayangan mereka ini adalah gay. 

Sebelum ini, Sam pernah mendedahkan bahawa dirinya mula menjadi gay ketika berusia 10 tahun apabila beliau mula berjinak-jinak memakai pakaian perempuan dan berhenti memakai pakaian lelaki. Dan, ketika usianya menginjak 16 tahun, Sam sekali lagi memberanikan diri mengenakan solekan ke sekolah.

Wah, bukan senang ye bagi seorang penyanyi yang sudah mencipta nama berkongsi tentang status jantina beliau secara terbuka.

 

Salma Syahbuddin