Categories: Filem

Media Prima Bawa Hollywood E! News Kepada Penonton

E! News sebuah saluran hiburan antarabangsa yang meliputi gosip artis terkini, fesyen, kecantikan, gaya hidup kini dibawakan di Malaysia melalui Media Prima Berhad (MPB).

Sejak E! News tampil memperkenalkan E! News Asia pada tahun 2010, pada tahun ini Media Prima mengambil inisiatif melancarkan E! Media Prima TV Network, saluran ini akan memfokuskan kepada kandungan tempatan yang menarik kepada generasi-Y.

Korang boleh menonton edisi E! Malaysia sepenuhnya yang akan disiarkan di laman Youtube sebanyak 12 episod. Manakala, saluran TV3 akan menyiarkan sisipan episod pada jam 9 malam. Edisi E! Malaysia akan disiarkan selama 10 minit di Youtube dan dua minit di TV3 kerana penapisan kandungan yang sesuai dengan masyarakat tempatan.

 Aaron Al Fateh, Chrystina Ng  dan penyanyi Tasha Aleia merupakan antara hos yang akan mengacarakan rancangan ini.Dalam episod pengenalan, E Media Prima TV Networks akan bersiaran dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis. Korang boleh menonton saluran ini di Youtube TV3 Malaysia.

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”