Hiburan By: Fatin Nurain July 13, 2023 @ 4:55pm

Hawa Rizwana Sanggup Risikokan Kecantikan Demi Aktiviti Lasak

Selebriti terkenal Hawa Rizwana Redzuan tampil berkongsi pengalamannya menyertai aktiviti ketenteraan anggota Bomba dan Penyelamat bagi sebuah program realiti stesen televisyen berbayar, baru-baru ini.

Menurut Hawa, dia tidak pernah menyertai sebarang aktiviti lasak sejak sekolah kerana tidak dibenarkan oleh ibu bapanya.

Teruja untuk menyertai program realiti tersebut, Hawa mendedahkan bahawa dirinya hanya memaklumkan tentang perkara itu kepada ibu bapanya beberapa hari sebelum berangkat.

“Saya tak kongsikan pun perkara ini dengan keluarga saya sebab saya takut mak ayah saya tak bagi pergi. Sejujurnya, ibu bapa saya tak bagi buat apa-apa sukan sejak sekolah lagi.

“Sebab tu juga masa saya belajar saya banyak sertai pertandingan menari. Sekarang ni saya puas dapat apa yang tak pernah buat sebab jiwa saya lasak tapi tak buat dulu.

“Beberapa hari sebelum pergi baru saya bagitahu. Alhamdulillah, mereka sangat supportive. Even ada masa tangan saya calar pun, bila mereka tanya saya tak jawab,” katanya.

Dalam pada itu, Hawa turut menyatakan dia tidak menjaga sangat akan rutin penjagaan wajahnya sepanjang 22 hari berada di dalam kem latihan tersebut.

Malah, dirinya lebih teruja untuk menempuhi setiap cabaran yang akan diberikan demi menikmati kepuasan ketika membuat aktiviti lasak yang tidak pernah dilakukannya sejak kecil.

“Saya tak menjaga sangat rutin penjagaan wajah ketika itu, sunblock pun tak pakai kecuali pelembap tapi adalah solek sikit sebab nak keluar TV.

“Benda tu bukan fokus utama sayalah sebab apa yang lebih utama bagi saya ketika itu adalah untuk tidak berputus asa dengan cabaran yang akan diberikan. Saya suka sebenarnya sebab lagi calar, lagi ganas, lagi banyak pengalaman.

“Mungkin sebab adik beradik saya semua lelaki kot. Jadi, benda tu bukan kebimbangan saya sangat. Tapi, saya teruja nak buat all out dan sebenarnya tak puas sebenarnya sepanjang 22 hari tu,” jelasnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Hawa ketika ditemui di sidang media Real Men Malaysia: Wira Merah, Selasa lalu.

Selain itu, bekas penyampai berita TV3 itu juga menyatakan dia lebih banyak membuat persediaan dari segi fizikal sebelum menyertai program realiti tersebut.

“Saya banyak buat persediaan dari segi fizikal sebab banyak kena berlari, boxing. Sebenarnya cabaran laki dengan perempuan sama.

“Berat dan jarak jauh yang kami buat sama dengan lelaki. Pada awalnya, kami tak puas hati. Tapi, kami ambil masa dan buat yang terbaik,” katanya.

Selain Hawa, program realiti tersebut turut disertai oleh Jasmin Suraya, Wafiy Aan, Mat Redho, Shashic, Eric Lay, Arieff Yong dan Daniel Cheng.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Ada Siapa Pun Yang Suka Buat Salah” – Terima Kecaman, Hawa Rizwana Enggan Mudah Melatah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 May 2018

Penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Di Temui Maut

Pelajar kolej ditemui mati, dipercayai dibunuh malam dengan kesan jerut pada leher mangsa.

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Meski Belum Lahir…Baim Wong Sudah Bayangkan Pekerjaan Anak

Pelakon Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven terbang ke Sepanyol untuk menikmati percutian ‘babymoon’. Sementara itu, pasangan ini berkesempatan menonton perlawanan bola sepak antara Valencia FC menentang Real Sociedad untuk Kejuaraan Liga Sepanyol 2019. Difahamkan […]

Featured Mon, 27 Sep 2021
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Vroom Vroom Lebih Sesuai Untuk Ara Johari, Apa Komen Nabila Razali?

Jika dilihat pada muzik video lagu Vroom Vroom di Youtube, rata-rata netizen meninggalkan komen memberitahu lagu ini lebih sesuai dinyanyikan oleh penyanyi Ara Johari. Bagi Nabila Razali yang merupakan pelantun lagu ini, dia tidak berkecil […]

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Kucing Jadi Petanda, Suami Curang Rupanya!

Anna Rudenok mula mengesyaki suaminya, Dmitry, 27, mula curang setelah menyedari suaminya itu tidak henti-henti meletakkan tanda ‘like’ pada gambar yang dimuat naik pelajar berkenaan di media sosial.

Featured Thu, 8 Feb 2024
Trending Wed, 30 Dec 2020