Hiburan By: SGMS Faida March 29, 2018 @ 9:39am

Kucing Jadi Petanda, Suami Curang Rupanya!

Eh, macam kenal tempat dalam gambar ini, rumah aku ni!

Dialog ini mungkin bermain dalam fikiran hati si isteri apabila terjumpa gambar apartment miliknya dan suami menerusi Ig story yang dimuat naik oleh seorang gadis berusia 19 tahun.

Luluh hati si isteri apabila melihat gambar Emilia Ignatova sedang memakai bajunya dan bermain dengan kucing peliharaanya. Alahai…sedihnya!

Kredit: The Siberian Times

Anna Rudenok mula mengesyaki suaminya, Dmitry, 27, mula curang setelah menyedari suaminya itu tidak henti-henti meletakkan tanda ‘like’ pada gambar yang dimuat naik pelajar berkenaan di media sosial.

Bukan itu saja, si isteri turut terkejut melihat katil anaknya berada dalam salah satu gambar yang dimuat naik Ignatova.

Semua gambar itu diambil ketika Rudenok balik kampung bersama anaknya.

Menurut laporan, Dmitry adalah seorang guru dan ketua pegawai akhbar di South Ural State University di Rusia.

Si isteri lantas menghantar mesej kepada pelajar berkenaan namun gambar itu telah dipadam sejurus menerima mesej itu. Fuh, drama beb!

Bukan itu saja, pelajar itu juga telah menukar laman Instagramnya kepada ‘private’.

Bagaimanapun mereka berdua tidak menafikan tuduhan Rudenok yang kemudian mendakwa suaminya mengaku mempunyai hubungan 18 bulan dengan pelajarnya.

Rudenok melahirkan anak lelakinya beberapa bulan yang lalu mendakwa telah keluar dari rumah suaminya. Dia kini dilaporkan tinggal bersama anak dan ibu bapanya.

-metroUK

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 2 Jun 2020
Featured Fri, 2 Dec 2022

Tepis Dakwaan Hamil, Individu Tampil Beri Penjelasan Mengapa Neelofa Berkerusi Roda

Oh rupa-rupanya ini sebabnya. Wahh, ramai yang prihatin dan sayangkan Neelofa ❤️❤️

Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Sat, 18 Mar 2023
Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Luar Biasa…Kutipan Munafik 2 Berjaya Cecah RM 1 Juta Di Indonesia!

Atas sambutan yang luar biasa, Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memaklumkan jumlah panggung juga ditambah atas permintaan pemilik pawagam.