Hiburan By: Del14 January 1, 2020 @ 3:36pm

Hazama Tak Takut Kalah Dengan BBNU

Penyanyi, penulis lagu, pemuzik dan pelakon, Hazama atau nama penuhnya Hazama bin Ahmad Azmi mengakui tidak tergugat dengan penyanyi-penyanyi baharu atau BBNU (Budak Baru Nak Up), malah menganggap kehadiran mereka menyerikan lagi persada seni.

Hazama juga menerima keputusan seandainya lagu Peneman yang akan dipertaruhkan pada kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 Februari depan  kalah kepada lagu yang dibawa oleh penyanyi baharu dan menganggap ianya rezeki masing-masing. 

“Andai itu rezeki mereka, kenapa perlu pertikai? AJL mempunyai matlamat dan kriteria tersendiri dalam menentukan barisan pemenang.  Bagi saya, sekiranya artis BBNU menang, baguslah. 

“Itu membuktikan mereka sememangnya berkualiti dan tidak hanya bersandar pada populariti semata-mata.  Setidak-tidaknya mereka mewakili generasi muda yang berjaya membina reputasi tersendiri pada acara berprestij itu.

“Takkan hanya orang lama yang layak menang? Janganlah disebabkan masih baharu, kita memandang rendah kemampuan mereka,” katanya kepada BH Online. 

Pelantun lagu Cinta Teragung itu juga berharap penyanyi baharu yang  memperjuangkan lagu mereka di pentas AJL nanti tidak mensia-siakan peluang tersebut walaupun dia sendiri sudah enam kali beraksi di pentas final tetapi masih belum berjaya membawa pulang sebarang trofi pada acara itu. 

“Apabila sudah melangkah ke final AJL, jangan sia-siakan peluang itu.  Ini masanya untuk penyanyi menunjukkan kepada masyarakat, mereka sememangnya mempunyai kualiti,” kata Mentor kepada juara Mentor Milenia 2019, Apex Tajuddin itu. 

 

Kredit Foto: Zek

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Yana Samsudin Terkejut Anak Buat ‘Hal’ Lagi

Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak adalah ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan.

Selebriti Fri, 22 Sep 2023

“Tanpa Sedar, Saya Rasa Sangat Bergantung Pada Farid” – Diana Danielle

Not really realizing how much he means to my world – Diana Danielle

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Hael Husaini Mengaku Sudah Terjebak!

Dua pulak tu! Satu untuk siapa?? Haaaaa…

Featured Wed, 17 May 2023