Selebriti By: Atiqah Johari September 22, 2023 @ 9:36pm

“Tanpa Sedar, Saya Rasa Sangat Bergantung Pada Farid” – Diana Danielle

Umum mengetahui pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk semula pada 31 Ogos lalu ketika masih dalam edah.

Susulan itu, memetik video temu bual bersama Tya Arifin di TikTok, Diana mengakui bahawa dia banyak bergantung kepada suaminya.

Malah, apabila Farid tiada di sisinya dia berasa sangat sedih kerana hilang tempat bergantung.

“Dalam sesetengah perkara dalam hidup saya, saya bergantung nyawa dengan dia (Farid) sebab dia ada satu energy yang sangat tenang.

“Jadi, saya pula more reactive and more emotional, contohnya kalau dia keluar bekerja selama satu dua bulan saya boleh rasa energy dekat rumah tu macam berkurang. Mana tempat bergantung tu? Macam hilang energy tu.

“Saya boleh jadi sangat sedih tapi saya rasa saya sangat bergantung pada Farid subsconciously and not really realizing how much he means to my world.

“And how much i feel dia tu seorang yang mampu protect saya dalam segala perkara.

“Jadi, bila dia tak ada tu macam ‘who’s gonna protect me and my kids?'” katanya.

Namun begitu, pelantun lagu Bersama Dengan Rindu ini turut menyatakan setiap individu perlu hargai diri sendiri.

“Kita sebagai isteri kita sentiasa switch on. I enjoy my own time tapi bila tak ada tu dia macam ‘alah nak masak untuk dia’

“Bila kita hanya fikir pasal tanggungjawab dan fikir tentang orang lain dan people’s needs and eventhough your family tapi kita pun perlu hargai masa dengan diri sendiri and learn to be with yourself.

“Sebab saya selalu percaya Allah akan tarik semua yang kita ada dalam sekelip mata. Jadi, selesalah dengan diri sendiri.

“No matter what you know, you can only be and have yourself,” kongsinya lagi.

Artikel Berkaitan: Berpisah Ogos Lalu, Diana Danielle & Farid Kamil Kembali Rujuk Semula? – “Kami Akan Buat Keputusan Soon”

Artikel Berkaitan: “Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweet! Farid Kamil Hantar Bunga Kepada Diana Danielle Di Set Penggambaran, Tak Tolak Rezeki Bersanding Semula

Artikel Berkaitan: “Apa Yang Mereka Alami Sama Macam Kami” – Linda Hashim Tumpang Gembira Farid Kamil, Diana Danielle Rujuk Semula

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Lufya Omar DiMalukan Depan Orang Ramai?

Kenapa perlu malukan sesorang dihadapan khalayak ramai. Ada cara baik bukan untuk menegur

Featured Fri, 12 Feb 2021
Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Lepas Beri Bunga, Ara Johari PAKU Peminat Pula

Single ‘Paku’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Trending Mon, 8 Jul 2019

Jangan Pandang Rendah Dekat Rider, Kisah Ini Bakal Buka Mata Anda!

Ramai yang sanggup bekerja lebih dari satu pekerjaan pada masa yang sama demi menampung perbelanjaan bulanan.

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Raja Mukhriz Bengang 7ujuh Jadi Mangsa Muat Turun Haram

Semudah telefon dan lambong ayat “aku tak jadi buat tapi aku ambik idea engkau ya bro” aku percaya engkau dan rakan rakan engkau sama species semua ke laut!

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Baim Wong Gembira Isteri Mula Masuk Dapur

Dia sedar apa yang dilakukannya terhadap suami akan mendatangkan pahala, jadi…