Haziq Hussni Percaya Rezeki Itu Tidak Pernah Salah Alamat

Dugaan yang menimpa dirinya sebelum menghadiri anugerah berprestij baru-baru ini sedikit sebanyak memberikan tekanan buat beliau. Namun, Haziq percaya dan bersyukur kepada Allah kerana menghadirkan kegembiraan disebalik kesedihan yang melanda diri beliau dan keluarga akibat masalah yang dihadapi anak keduanya. 

Merangkul anugerah sebagai Penyampai Radio Popular pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke- 31 (ABPBH31) baru-baru ini, Haziq turut ditemani ibunya.

Sumber : Instagram @haziq_hotfm

” Ketika menghadiri ABPBH31, Kepala saya dipenuhi pelbagai perkara terutamanya apal. abila memikirkan anak kedua yang masih dirawat di hospital. Namun, rezeki tidak pernah salah alamat”

“Ketika berdeoan ujian, Allah selitkan kegembiraan dengan kemenangan ini. Dan sudah lebih seminggu Chyra menerima rawatan, Alhamdulillah keadaannya semakin bertambah baik. Batuknya masih belum hilang dan difahamkan mengambil sedikit masa untuk pulih. Tetapi saya bersyukur Chyra sudah mula aktif.” Jelasnya

Haziq juga berharap dan meminta semua yang menyokongnya turut sama mendoakan kesihatan anaknya itu. Disamping itu, beliau turut mendedikasikan kejayaan nya pada malam itu kepada ibunya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya selama empat tahun bergiat aktif dalam Hot FM.

Salma Syahbuddin