Hiburan By: Khairil Khusyairi March 21, 2024 @ 3:43pm

Heliza Helmi Berjauhan Dengan Keluarga, Sambut Ramadan Di Turkiye Demi Cari Ilmu Agama – “Doakan Kami”

Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi memaklumkan dia menyambut Ramadan tahun ini dengan berjauhan dengan keluarga demi mencari ilmu agama di Turkiye.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Heliza memohon doa semua agar urusan pengajiannya di negara penuh sejarah itu dipermudahkan.

“Doakan kami. Ramadan kali ini perlu lebih mujahadah kerana berada jauh dari tanah air dan keluarga demi sebuah ilmu.

“Moga Allah bantu hambanya yang sangat kerdil lagi pendosa ini untuk mendalami ilmu Kalamullah.

“Sebab diri ini memang lemah lagi hina, makin belajar makin rasa tak tahu, betapa diri ini langsung tak ada apa-apa.

“Semalam guru kami berkata semua yang baik-baik takkan terjadi jika tiada tawfiq dari Allah. Moga Allah berikan kita semua hidayah inayah dan tawfiq untuk kita terus memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang Allah reda.

“Setiap perjalanan hidup daripada kita berbeda, adakalanya MasyaAllah adakalanya Astaghfirullah, namun jangan pernah lelah untuk terus perbaiki dan koreksi diri, sesungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang yang berdosa tetapi melakukan taubat dengan sebenar-benar taubat,” tulisnya.

Difahamkan, keberadaan Heliza itu turut disertai adiknya yang juga penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Jan 2021

Ziela Jalil Bermadu Kali Kedua

Jodoh rahsia Tuhan..

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Featured Fri, 12 Jan 2024

Ismail Izzani Kemalangan, Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Moga takde kecederaan serius lah kan…

Featured Tue, 4 Apr 2023

Hakim Tak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Semoga Kamal Adli dapat keadilan yang sewajarnya

Hiburan Sat, 19 May 2018

Meghan Markle Sahkan Bapanya Tak Hadir Perkahwinan Diraja

Tahniah Megan Markle dan Putera Harry diatas perkahwinan.

Featured Wed, 28 Dec 2022

Bekas Suami Zarina Anjoulie Berkahwin Dengan Niqabis, Netizen Puji Cantik Macam Neelofa!

Alhamdulilah, selamat pengantin baru! Semoga berbahagia selalu