“Hero Malaya Dah ‘Comeback'” – Peminat Teruja Tengok Bentuk Badan Terkini Shaheizy Sam

Pelakon Shaheizy Sam mengakui dia terpaksa bekerja keras untuk menurunkan berat badan demi menjayakan sesuah watak.

Terbaharu, Shaheizy atau lebih mesra disapa Sam ada membuat perkongsian bersama peminatnya di Instagram terhadap tubuh badannya yang kembali ‘sado’.

Menerusi perkongsian tersebut, Sam dilihat sedang bersenam di gimnasium sambil menunjukkan tubuh badannya yang berketak.

“Boleh ke kurus kalau tak pergi gym? Boleh!! Yang penting, jangan tipu diri sendiri!! Tak paham, la,” tulis Shaheizy Sam.

Difahamkan Sam juga mendapatkan khidmat jurulatih peribadi untuk mendapatkan bentuk badan seperti yang dimahukan selain mengamalkan pelan diet pemakanan satu hidangan sehari.

Dalam perkembangan lain, Sam juga bakal tampil dalam filem aksi ketenteraan, Mallbatt Misi Bakara yang akan ditayangkan pada Bulan Kemerdekaan tahun hadapan.

Tinjauan XTRA di ruangan komen mendapati rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat transformasi Sam yang berjaya menurukan berat badan selepas memilik tubuh yang agak gempal sebelum ini.

Sumber: Instagram Shaheizy_sam

Khairil Khusyairi