“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Mika telah dipuji oleh warganet dengan kata-kata nasihat yang memberi kesedaran untuk sentiasa bermuhasabah diri.

“Hidup ni kalau happy sangat pun tak best!

“Kadang-kadang kita kena ada rasa sedih barulah kita boleh muhasabah diri, betul tak?” soal Mika.

Dalam pada itu, telatah comel Mika berjaya menghiburkan hati netizen yang sedang sedih kerana kepetahan Mika dalam berbicara berjaya memukau ramai pihak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mengucapkan terima kasih kepada Mika kerana telah menceriakan hari mereka untuk kembali bersemangat semula.

“Ya dik, happy sangat pun nanti ada orang yang tak suka lepas tu takut lupa diri dan terlupa untuk bersyukur. Semoga kita gembira selalu dengan cara masing-masing,” tulis seoarang warganet.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton hampir 300,000 tontonan dan menerima lebih 26,000 tanda suka.Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Mika telah dipuji oleh warganet dengan kata-kata nasihat yang memberi kesedaran untuk sentiasa bermuhasabah diri.

“Hidup ni kalau happy sangat pun tak best!

“Kadang-kadang kita kena ada rasa sedih barulah kita boleh muhasabah diri, betul tak?” soal Mika.

Dalam pada itu, telatah comel Mika berjaya menghiburkan hati netizen yang sedang sedih kerana kepetahan Mika dalam berbicara berjaya memukau ramai pihak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mengucapkan terima kasih kepada Mika kerana telah menceriakan hari mereka untuk kembali bersemangat semula.

“Ya dik, happy sangat pun nanti ada orang yang tak suka lepas tu takut lupa diri dan terlupa untuk bersyukur. Semoga kita gembira selalu dengan cara masing-masing,” tulis seoarang warganet.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton hampir 300,000 tontonan dan menerima lebih 26,000 tanda suka.

Halimey Zamal