[VIDEO] Buat Trend Swipe, Elyana Dikecam!

Tiada angin tiada ribut, penyanyi Elyana sekali lagi menarik perhatian netizen selepas berkongsi sebuah video di Instagram miliknya.

Video berdurasi 10 saat itu memaparkan Elyana sedang menari mengikut trend lagu terkini iaitu Swipe milik penyanyi Alpyh.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ini sedang menari dengan latar belakang cahaya lampu merah dan biru.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan tindakan penyanyi kegemaran mereka didakwa lupa diri selepas bebas kanser limforma pada penghujung tahun lalu.

 

Sebelum ini, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, teruk menerima tohmahan netizen akibat keputusannya untuk membuka hijab selepas pulih pada awal Ogos lalu.

Bagaimanapun, Elyana telah menjelaskan bahawa keputusannya untuk tidak bertudung adalah muktamad serta dia memilih untuk tidak mengendahkan segala kritikan netizen yang dilemparkan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 59,000 tanda suka, hampir 2,000 tanda suka dan 63 komen.

Artikel Berkaitan: Dikritik Gara-Gara Lagu Dewa 19, Elyana Tampil Bidas Komen Netizen – “Sejahat Apa Pun, Allah Tetap Di Hati
”

Artikel Berkaitan: Diminta Pergi Mamp*s Gara-Gara Tanggalkan Hijab, Ini Respons Elyana

Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Kerana Mendoakan. Saya Dah Fikir Semasak-Masaknya” – Elyana Perjelas Isu Tak Berhijab

Aqilah Paharuzi