[VIDEO] Edar Makanan Kepada Gelandangan, Kerja Amal Iman Troye Dipuji Warganet.

Penyanyi Iman Troye melakukan kerja amal mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik Iman, wargamaya memuji tindakan pelantun lagu Harum Sundal Malam itu yang meluangkan masa membantu golongan memerlukan biarpun sibuk dengan kerjaya.

Penyanyi lagu Teman itu turut menzahirkan rasa syukur dan akan melakukan kerja-kerja amal dengan lebih kerap lagi selepas ini.

β€œAlhamdulillah, syukur. Insya-Allah Iman dan team akan cuba kerapkan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen bagi idea dekat Iman siapa dan di mana lagi yang memerlukan?” jelasnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran tersebut, Iman turut menerima permintaan golongan gelandangan di situ untuk menyanyikan sebuah lagu.

β€œAkak nak lagu apa?” ucap Iman.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap gadis itu yang sentiasa merendah diri tanpa memikirkan statusnya yang bergelar seorang selebriti.

Peminat turut mendoakan agar Iman sentiasa dimurahkan rezeki dan berada di bawah jagaan Yang Maha Esa.

β€œAlhamdulillah. Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki Iman,” tulis salah seorang peminat.

Halimey Zamal