Natasha Hudson Mengaku Dah Kembali Single

Pelakon Natasha Hudson mengaku kembali solo namun tidak dapat mengulas lanjut punca perpisahan dia dan bekas suami.

Memetik laporan Harian Metro, Natasha meminta semua pihak memberi dia dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu.

“Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa. Saya okay.

“Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang,” katanya kepada Harian Metro.

Status ini menjawab segala persoalan yang tercetus di sosial media sejak 25 September lalu selepas pelakon jelita ini memuat naik sebuah status.

Menurut Natasha, dia dan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal sudah bercerai secara baik pada tahun ini.

Natasha dihubungi menerusi aplikasi WhatSapp, hari ini berkata, buat masa ini dia sibuk menjayakan misi kemanusiaan di Lombok, Indonesia.

Misi kali ini dilakukan dengan kerjasama Global Peace Malaysia, Cinta Syria dan Amalhope.

“Selain bisnes, hidup dan kebahagiaan saya adalah dengan melakukan misi kemanusiaan dan kerja amal diredai Allah,” katanya.

Natasha dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan ketiganya.

Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena. – Harian Metro

 

SGMS Faida