Sarah Ilham Shah Nama Diberi, Tahniah Vivy Yusof!

Tahniah! Pengasas FashionValet (FV), Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof selamat melahirkan bayi perempuan, semalam.

Usahawan berusia 30 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Berita gembira ini diumumkan oleh suami Vivy, Fadzarudin Shah Anuar menerusi Instagram.

Pasangan popular itu turut mengumumkan nama bayi iaitu Sarah Ilham Shah.

“ Alhamdulillah. Thank you for all your prayers. Mommy is doing well and big brother and sister are still on their way to meet Sarah Ilham Shah,” tulis Fadza bersama sekeping foto hitam putih.

Sementara itu, Vivy turut memuat naik sekeping gambar bersama suami dan bayi perempuannya.

Vivy dan Fadza berkahwin pada 2012 dan memiliki dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun. Tahniah sekali lagi dari team xtra.com! 

SGMS Faida