“Ia Bukanlah Masalah Besar Sangat” – Kazar Mahu Kontroversi Babitkan Anaknya Diselesaikan, Mohon Netizen Bercakap Yang Baik

Pelakon Kazar meminta wargamaya agar tidak berkasar dalam berkata-kata mengenai kontroversi yang melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar.

Memetik laporan mStar, Kazar atau nama lengkapnya Kazaruddin Saisi juga berharap isu yang melanda Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dapat diselesaikan malah menganggap ia adalah masalah kecil sahaja.

“Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita.

“Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Kazar turut memberitahu, dia dan keluarga sentiasa menyokong Ira sepanjang isu ini berlaku.

“Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana perintah mahkamah.

“Ira okey sahaja, kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya,” ujar Kazar.

Ira yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suaminya juga pengarah Syamsul Yusof telah dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Ogos lalu.

Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Terdahulu, Puteri Sarah, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih kepada suaminya.

Malah, pelakon Suri Hati itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Sumber: mStar

Khairil Khusyairi