Ibu Mertua Kritikal, Ifa Raziah Mohon Doa Terbaik

“ Sesiapa yang mengenali ibu mertua Ifa, Khizan Zain, beliau sekarang masih kritikal di Wad ICU HKL,” demikian tulis penyanyi dan pengacara popular, Ifa Raziah di laman Instagram miliknya.

Difahamkan, ibu mertuanya, Khizan Zain kini kritikal di wad unit rawatan rapi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, Ifa memaklumkan ibu mertuanya turut memberi respon yang positif.

“Alhamdulillah keadaan kesihatan mak mertua Ifa semakin positif.

“Mudah-mudahan mak mertua Ifa sedar dari koma. Terima kasih yang datang melawat dan yang mendoakan kesejahteraan mak mertua Ifa,” katanya.

Dalam entri berkenaan, Ifa tidak mendedahkan punca ibu mertuanya dikejarkan ke hospital.

Ifa turut memohon peminat di Instagramnya agar mendoakan kesembuhan segera ibu mertuanya yang tersayang.

Rata-rata peminat dan teman selebriti meninggalkan komen mendoakan supaya ibu mertuanya kembali pulih selepas menerima rawatan.

SGMS Faida