Imbau Tarian K-Pop Sekitar Tahun 2000 Di TikTok, Lelaki Ini Berjaya Hiburkan Warganet – “Dengan Muka Serius”

Sejak kebelakangan ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr. Guy tampil menjadi perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya membuat tarian K-Pop di TikTok.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut kerap mengimbau lagu-lagu K-Pop sekitar tahun 2000 yang tidak asing di telinga pendengar.

Lebih mencuit hati, lelaki itu kekal berwajah serius meskipun tarian yang dilakukannya itu mempunyai rentak lagu yang rancak dan gembira.

Terbaharu, lelaki itu telah memuat naik videonya membuat tarian lagu Gee nyanyian asal kumpulan K-Pop Girls Generation di TikTok sehingga ramai yang geli hati.

@mr.guy97 Replying to @Love❤️ ♬ Gee – Girls’ Generation

Terhibur dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh lelaki itu, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai respons menerusi ruangan komen.

Fatin Nurain