Imej Seksi Jadi Kritikan, Intan Najuwa Tak Terkesan Dikecam – “Hari-Hari Kita Mesti Nak Jadi…”

Pelakon Intan Najuwa tidak terkesan apabila imej seksinya diperkatakan ramai.

Memetik laporan Gempak, Intan memberitahu segala komen dan kritikan netizen terhadap penampilannya diambil sebagai satu nasihat untuk menjadi lebih baik.

“Apa yang orang perkatakan itu, apa yang pengikut saya tegur, saya akan baca dan ambil perkara itu sebagai nasihat. Sekarang ini, saya dalam fasa perlahan-lahan.

“Siapa yang tak nak jadi lebih baik kan. Kita bangun-bangun tak kan rasa nak jadi orang jahat, tidak. Hari-hari kita mesti nak jadi orang lebih baik kan.

“Apa-apa pun, saya rasa doakan yang baik-baik, komen yang baik-baik sebab ia boleh berbalik kepada diri sendiri,” ujarnya.

Pada masa sama, Intan mengakui dia sentiasa bahagia menjalani kehidupan.

“Buat masa sekarang, tak pernah lagi terkesan. Saya rasa apa yang mereka komen itu hanya pendapat masing-masing sahaja.

“Sebab itu saya selalu gembira sahaja, sebab perkara itu tidak beri kesan kepada saya,” katanya.

Terdahulu, pemakaian Intan semasa bercuti yang menampakkan bahagian perut menerima kecaman apabila dirinya baru sahaja lepas pulang dari mengerjakan umrah.

Maya Basir