Hiburan By: Fatin Nurain January 2, 2024 @ 8:42am

Impian Jejak Disneyland Jadi Kenyataan, Coretan Hati Ain Edruce Kepada Anak Undang Sebak

Pelakon dan pengacara Ain Edruce tampil berkongsi momen pertama kali menjejakan kaki di Disneyland ketika bercuti bersama suaminya, Amirul Hafiz dan anaknya, Soraya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Ain menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menurut Ain, hasratnya untuk menjejakan kaki di tempat yang penuh dengan kisah dongeng itu sudah tercapai.

Malah, dia turut meluahkan rasa terharu apabila dapat berkunjung ke tempat itu bersama suami dan anaknya.

“Time kecil-kecil, my dream is to go to Disneyland. Biasa lah, zaman dulu cartoon disney je banyak.

“Selalu tengok gambar orang pegi Disneyland. Finally, bila dah umur 32 ni, baru dapat sampai Disneyland.

“Yang buat Ain touching, Ain pegi Disneyland bawa mini Ain sekali, Soraya and Amirul,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ain turut berkongsi telatah anaknya, Soraya yang teruja dapat menjejakan kaki di tempat perlancongan terkenal itu.

Lebih menyentuh hati, Ain sempat menitipkan pesanan kepada puteri kesayangannya itu agar dia membesar menjadi anak yang baik.

“Soraya cute guys, sampai sini je terus nak beli baju princess konon-konon dia lah paling princess. Sejuk belakang kira.

“To Soraya, Mummy and daddy work really hard to bring you here.. jadi anak yang baik ok. Happy New Year semua!,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis tersentuh membaca coretan hati pengacara Melodi itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya! Gelagat Anak Ain Edruce Makan Salji Raih Tumpuan, Netizen Komen: “Tu Bukan ABC Nak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Jan 2019

歌手们轮番上阵卖力演出!万人同欢迎接2019

《MY GOXUAN 2019够Fun槟城好玩倒数趴》歌手们轮番上阵卖力演出!逾1万4000人一起狂欢迎接2019~

Trending Wed, 4 Jul 2018

Najib Razak Mohon Dibicara

Beliau menawarkan jaminan RM4 juta dengan dua orang penjamin tanpa syarat tambahan. Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membantah jumlah itu kerana terlalu tinggi.

Hiburan Sun, 4 Nov 2018
Featured Mon, 10 Jan 2022

Omicron Petanda Covid-19 Bakal Berakhir Ramal Pakar

Varian terbaru Covid-19, Omicron mungkin menjadi petunjuk pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia selama lebih dua tahun akan berakhir dalam tahun ini kata seorang pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok, Thailand. The Nation Thailand melaporkan, […]

Featured Tue, 7 Mar 2023
Events Wed, 20 Nov 2019

OST Ejen Ali The Movie Bukan CIPLAK!

sesuailah dengan hashtag #KitaJagaKita

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

#AnggunLife : Azwan Idam Watak Lelaki Lembut?

Bawa watak lelaki lembut, Azwan tak takut dikecam kali ni?

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Lazarul Tersingkir, Empat Protege Mara Ke Pentas Akhir Mentor 7

Empat protege program realiti popular ini iaitu Pasya, Ranisha, Zaaim dan Azmirul bakal berentap di pentas akhir.