Individu Dedah Suami Berkira Tentang Duit Belanja, Dr. Say Beri Pesanan Makan Dalam Buat Para Lelaki – “Ini Tidak, Goyang Tel*r Pastu..”

Dr. Say Shazril atau nama sebenarnya Shazril Shahruddin meluahkan rasa kurang senangnya selepas membaca tindakan seorang lelaki yang berkira tentang duit belanja dengan isterinya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Shazril menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Shazril turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp individu tersebut sekali gus membuatkannya terpanggil untuk mengulas isu berkenaan.

Menurut doktor itu, pada awalnya dia berasa geram membaca tindakan sang suami itu yang mempertikaikan duit belanja pemberiannya sebelum ini.

Malah, dia tidak boleh menerima sikap sesetengah suami yang tegar meminta isteri mereka setiap resit pembelian yang telah dibelanjakan untuk seisi rumah

“Suami kalau tak berpendapatan tinggi, simple, bagilah duit poket mingguan tak tinggi sebab isteri kita tahu je how to manage apa yang diberi.

“Satu lagi, kalau kita berpendapatan lebih rendah daripada isteri kita, jangan sesekali culas tanggungjawab kita memberi nafkah kepada mereka.

“Kalau kita rasa rendah diri bini earn more than kita, compensatelah by doing more work at home. Ini tidak, goyang telur pastu perli-perli bini bergaji lagi tinggi. Saya sebagai lelaki pun malu baca message lelaki berkira macam ni,” tulisnya.

Sementara itu, Shazril juga sempat memberikan pesanan makan dalam buat para suami yang sering berkira dengan isterinya.

“Satu lagi kena ingat, pemberi rezeki yang mutlak adalah Allah SWT tapi antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT adalah jika kita sentiasa berlaku baik dengan isteri.

“Terus terang cerita saya takkan earn whatever im earning, living the life im living, achieve whatever i have achieved if not because of my wife.

“Jadi kepada suami luar sana, kalau kita rasa “apasal aku asyik sempit eh?”, “apasal hidup aku macam tak tenteram eh?”, “apasal duit salu tak cukup eh?” selain check hubungan kita dengan Dia, check juga hubungan kita dengan isteri.

“Last note, kalau kau tahu kau tak boleh commit to marriage, tak boleh commit being a husband, berkira tak tentu hala, stay single dan jangan rosakkan wanita di luar sana, bebal,” katanya.

Fatin Nurain