Isu Berbikini, Kini Giliran Pihak Pengurusan Kasih Iris Leona Pula Beri Kenyataan

Baru-baru ini, kecoh apabila anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona berkongsi sebuah video memakai bikini putih ketika mandi sungai.

Hantaran video itu mendapat kecaman netizen sehingga Azhar sendiri terpanggil untuk memberikan repons tentang perkara itu.

Terbaru, menurut artikel dari Gempak, pihak pengurusan Leona, Prashan Chitty selaku pengasas Xeno Entertainment & Music juga tampil memberikan respons berkenaan isu tersebut.

“Sebagai pengurus Leona, saya kurang melibatkan diri dalam soal peribadinya. Namum selama menguruskan Leona, dia merupakan seorang anak gadis yang sangat berkeperibadian baik. Sentiasa membantu orang dan sememangnya ikhlas

“Gambar tersebut disiarkan oleh Leona dalam akaun Instagram private miliknya yang digunakan untuk berkongsi bersama rakan-rakan terdekat sahaja

“Saya bukan menyokong perbuatan Leona, tapi saya rasa itu adalah urusan peribadi dan kita cuma boleh menegur sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, ayah kepada Leona sendiri memanjatkan rasa syukur apabila anaknya telah memadam video tersebut dan tidak memanjangkan video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengucap Panjang Aku!” – Bikini Putih Leona Jadi Bualan Netizen, Respons Azhar Sulaiman Paling Win!

Sumber: Gempak

Izzi Farhana