Individu Mengaku Sebagai Bapa Saudara Minta Henti Burukkan Ayah… Puteri Balqis Buka Mulut

Selepas pelakon remaja, Puteri Balqis membongkarkan perbuatan dan sikap jijik bapa kandungnya di laman sosial, muncul pula seorang individu lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara kepada Puteri Balqis.

Individu lelaki tersebut meminta Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish untuk berhenti memburukkan bapa sendiri dan menganggap Aqish hanya membuat drama bodoh menerusi sebuah ciapan di Twitter.

Gara-gara ciapan tersebut, individu atau nama pengguna Twitter @Roklee dihujani kecaman daripada pengguna Twiiter lain kerana menyebelahi bapa kandung Aqish.

Oleh itu, menerusi ciapan lain, dia mengaku dirinya sebagai bapa saudara kepada Aqish dan menyatakan dia mengenali bagaimana sikap sebenar pelakon remaja tersebut.

Susulan itu, Aqish memuat naik ciapan tersebut di Insta Storynya bagi memaklumkan bahawa dia tidak mengenali individu tersebut dan turut mendedahkan siapa bapa saudaranya yang sebenar baru-baru ini.

“Abang saudara saya yang sebenar hanyalah @fxckbenjaminz yang mengamalkan konsep dan nilai-nilai murni seperti kami iaitu “Man… I don’t give a damn,”.

“Abang saudara saya yang sebenar sangat hensem. Dia main bola. Hari-hari dia main bola. Dia tak main Twitter dan Facebook,” jelasnya.

 

Malah, Aqish turut mendedahkan siapa bapa saudaranya yang sebenar dengan meletakkan gambar dan akaun Instagram bapa saudaranya itu.

“Bapa saudara saya yang sebenar juga sama seperti kami. Kapsyen semua seperti depresi. #hitemup @fxckbenjaminz Aka Adam Ashraf Benjamin. Farris cakap kitorang rindu kau bodoh tak guna punya sedara,” tulis Aqish.

Terdahulu, bapa kandung Aqish atau dikenali sebagai GG dikhabarkan telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan melakukkan perbuatan terkutuk dan jijik kepada Aqish dan ibunya.

Atiqah Johari