Ingatkan Keracunan Makanan, Rupanya Ardell…

Pelakon, pengacara dan model Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Binti Mohd Amin mendakwa dirinya kurang sihat kerana kerap muntah-muntah sehingga diri terasa lembik dan menyangkakan dia mengalami keracunan makanan. 

Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui simptom-simptom yang dialami sebenarnya kerana dia kini berbadan dua!

Ardell berkongsi berita gembira itu melalui kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya @ardellaryana. 

“Mula-mula (ingat keracunan makanan sebab sebelum ni masuk hospital sebab keracunan makanan, sebab keadaannya sama) cuma muntah  kuning sampai lembik, muntah -muntah-muntah adalah lebih 20 kali sehari.

“Rupanya rezeki Allah nak bagi.  Tak perasan pun kehadirannya (Nak ikut saya sama-sama buat misi kemanusiaan bulan 1 ni agaknya baby ni) InshaAllah,” tulis Ardell sebagai kapsyen. 

Suami kepada Ardell, pelakon Nadzmi Adhwa juga berkongsi berita gembira menerusi sebuah entri di akaun Instagram peribadinya @nadzmiadhwa.

“Syukur pada Allah. Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior dalam perut awak masa ni.

“Tiba-tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat.

“Patut lah awak asyik nak makan je. Tapi lepastu awak tak nak makan. 

“Dari bulan lepas teman awak tidur dalam tandas sebab muntah teruk. Ingatkan penyakit lama awak datang balik sebab awak tak nak makan and asyik muntah.

“Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di  Syria. Terima kasih Allah! Alhamdullillah,” tulis Nadzmi. 

Pelakon Busut Bonang ini berjanji akan sentiasa bersama dengan isteri tersayang dan turut mendoakan supaya isterinya diberkati dan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT. 

“Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah. 

“Saya akan sentiasa ada disebelah awak. 

“Minta korang doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat ya?” tulis Nadzmi lagi. 

Rata-rata pengikut mereka turut gembira dengan berita itu dan mendoakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan sehingga kelahiran ardwadell junior itu nanti. 

Untuk rekod, pasangan yang merupakan kawan karib ini bernikah pada 1 September lalu di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor. 

Kredit Foto: Instagram @ardellaryana & @nadzmiadhwa

Del14