Hiburan By: Salma Syahbuddin March 20, 2018 @ 9:16am

Ini 5 Rancangan Wajib Tonton Anda!

Kepada semua peminat drama melayu yang tidak puas untuk menyaksikan drama pilihan anda disiarkan dikaca televisyen, jangan risau kerana tonton akan sentiasa memenuhi kehendak anda dengan menyiarkan drama-drama yang semestinya mendapat tontonan paling tinggi di Malaysia. Kalau nak tahu apakah drama tontonan yang paling mendapat tempat dihati masyarakat, Jom Kita lihat senarai ini!

  1. Istikharah Cinta 

Drama 28 episod ini menampilkan pelakon Zul Ariffin, Faye Kusairi, Nonny Nadhirah dan ramai lagi pelakon berbakat besar. Mengisahkan tentang Airil dan Dina Aliya yang berkahwin tanpa ada perasaan cinta ini membawa kepada beberapa konflik yang pastinya akan membawa penonton untuk menantikan perjalanan cerita ini. Selepas berkahwin pasanagn ini dilihat berusaha untuk memahami dan cuba sedaya upaya untuk belajar mencintai antara satu sama lain. Apakah yang bakal terjadi kepada pasangan ini? Adakah Istikharah Cinta ini bakal berakhir dengan kegembiraan atau kesedihan?

      2. Rindu Awak 200%

Haa.. bila tengok cerita ni pasti ramai yang akan teruja melihat ketampanan Zul Ariffin dan mestia ada yang meluat tengok perangai Ayda Jebat kan? Rindu Awak 200% mengisahkan tentang jiwa Armel Aisya yang sedang bergolak dan panas apabila teringat nama Zill Faezrul Iqbal. Zill yang disifatkan sebagai seorang yang pendiam tetapi mempunyai mulut celupar ini selalu sahaja mengusik jiwanya. Namun, Armel terpaksa akur kerana dia telahpun memilih Zill sebagai suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka pantang berjumpa dan bersatu. Dan disebabkan itulah rumahtangga mereka tidak pernah aman. Tetapi apa yang membuat Armel tertanya-tanya ialah, kemana Zill pergi? Baginya adalah sangat mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai seorang juruteknik itu mampu memiliki kereta mewah seperti Zill. Bagi anda yang tidak puas untuk menyaksikan drama ini, jangan bimbang kerana tonton adalah jawapannya! 

     3. Love You Mr. Arrogant

Love You Mr. Arrogant mengisahkan tentang Irham lakonan Azlee Khairi dan Zaara lakonan Zara Zyayang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5K sebagai ganti rugi. Namun, beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Dengan niat agar dirinya itu tidak dijodohkan dengan Sherry iaitu wanita yang ingin dijodohkan kepadanya. Zaara terkejut dengan permintaan Irham kerana bagi Zaara permintaan Irham itu membuatkan dirinya terasa terhina. Apakah Kesudahan cerita ini? jangan lupa untuk saksikan drama Love You Mr. Arrogant anya ditonton!

    4. Asam Pedas Untuk Dia

 

 

Selepas kematian suaminya, Aini Sofiya menggalas tugas menyara keluarga termasuklah Ibunya, Anak dan adik lelakinya yang menghidap penyakit Disleksia. Dengan menjual kuih dan nasi lemak sebagai punca pendapatan utama, Ainin terpaksa mencari kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan keluargany yang semakin meningkat. Menjadi pembantu rumah separuh masa adalah pilihan yang terbaik buat Aini kerana Aini perlu pulang ke rumah untuk menyusukan anaknya. Pertemuan pertama antara Aini dan Ziyad membuatkan Ziyad tertarik untuk menegenali Ainin dengan lebih dekat. Suatu cerita yang dilihat mempunyai plot penceritaan yang menarik ini mampu membuatkan penonton tertunggu-tunggu apakah kesudahan cerita tersebut. Jangan lupa untuk saksikan pelakon kegemaran anda iaitu, Shukri Yahya dan Diana Roza dalam Asam Pedas Untuk Dia.

   5. Selamat Pengantin Madu

Hana hidup bahagia dengan suami, Zulkifli dan dua orang anaknya, Isya dan Shafik. Suatu hari, Hana dikejutkan dengan sepucuk surat mengatakan suaminya mempunyai isteri kedua bernama Masmira. Sejak itu, Hana lebih banyak meluangkan masa dengan ank-anaknya terutamanya ketika Zulkifli berada di rumah Masmira. Zulkifli merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan kembali kebahagian rumahtangganya itu. Apakah yang akan terjadi dengan rumahtanggan Zulkifli dan Isya? Anda boleh melayari tonton untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Feb 2018

5 RANCANGAN HOT UNTUK DI TONTON SEPANJANG MINGGU INI!

Kalau korang peminat drama melayu, korea, mahupun drama dari negara luar tetapi asyik terlepas menonton drama kesukaan korang, ini antara 5 sebab kenapa semua patut layan drama kegemaran masing-masing di tonton!

Hiburan Thu, 29 Nov 2018

Terbaik! Kempen Gerakan Siti Nurhaliza Bantu Ringankan Beban Pesakit Jantung

Terbaiklah Tok Ti! Semoga produk SimplySiti terus mendapat sokongan pembeli di luar sana. Sambil membeli boleh kita menderma sekali…

Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Sat, 28 Sep 2019
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘ Kalau Nak Meninggal…Meninggal Juga,’ Siti Nurhaliza Kongsi Detik Manis Bersama Allahyarham Pak Ngah

Allahyarham Pak Ngah atau nama sebenarnya Suhaimi Mohd Zain pada mulanya disangka seorang yang garang tetapi rupanya…

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Wow, Cantiknya Kekasih Rizman!

Sesuai sangat kan???