Ini Baru Betul Anak-Anak Sidek! Wanita Diluar Sana Jangan Nak ‘Cuci Mata’ Pula

Kalau dulu siri animasi Anak-Anak Sidek digilai ramai, kali ini apa kata kita bongkar sedikit kisah disebalik kejayaan anak bongsu kepada Razif Sidek yang sure buat korang tak lena tidur.

Bukan sahaja memiliki rupa yang menarik, anak bongsu kepada Razif Sidek ini juga pernah beraksi di final kejohanan badminton di peringkat antarabangsa seawal usianya 15 tahun.  

Bagi bintang muda ini, keluarga adalah sumber inspirasi dan pembakar semangat beliau. Jadi tak mustahil lah jika Fazriq kini telah berjaya merangkul kejuaraan kali ke-9 di peringkat remaja di Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 tahun di Jepun, baru-baru ini.

 

Gelagatnya yang lincah di gelanggang badminton membuatkan Fazriq antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan jaguh badminton negara, Dato Lee Chong Wei.

Sumber : Instagram @fazriq.razif

Sure, dengan rupa yang ala-ala Kpop, membuatkan peminatnya tidak senang duduk melihat pemuda luar biasa ini beraksi di gelanggang badminton nanti.

Salma Syahbuddin