Ini Baru Betul-Betul ‘From Rural To Global’, Mak Cun’s Adventure Perkenal Permainan Digital!

Siapa tak kenal dengan Mak Cun kan? Fenomena Mak Cun tak perlu dipertikaikan lagi. Kini Mak Cun melangkah setapak lagi dengan dunia permainan digital menerusi Mak Cun’s Adventure Whoah!

Menerusi Media Prima Labs, Mak Cun’s Adventure menjanjikan kelainan buat penggemar drama bersiri itu. Permainan yang merangkumi 30 tahap ini akan membuatkan anda teruja dengan setiap cabaran baru yang bakal dihadapi di setiap peringkat permainan.

Permainan ini boleh didapati dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Istimewanya Mak Cun’s Adventure ini adalah elemen lokal yang diterapkan ke dalam unsur permainan ini. Daripada latar kampung yang membangkitkan ‘mood’ drama Mak Cun itu sendiri sehinggalah kepada menu kegemaran rakyat. Pendek kata, permainan mudah alih ini mengangkat budaya Malaysia ke peringkat global bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, “ From Rural To Global”.

Mak Cun’s Adventure atau ‘Diner Dash’ versi tempatan ini menampilkan karakter utama Mak Cun di mana anda berperanan membantu Mak Cun menyiapkan pesanan para pelanggan warungnya.

Daripada Char Keuy Teow sehinggalah Nasi Campur, permainan interaktif ini menguji kepantasan serta ketangkasan kamu menyusun strategi. Tunggu apa lagi, uji sejauh mana kecekapan minda kamu dengan permainan mudah alih ini sekarang! Jom muat turun secara percuma di Google Play Store dan juga Apple App Store.

SGMS Faida