Categories: Eat TravelSemarak

Kumpulan Nasyid Rabbani Mengajak Anda Untuk Berbuka Puasa Di Dalam Gua!

Apa barang buka puasa di dalam restoran atau dewan? Tak bosan ke? Jomlah cuba pengalaman baru: berbuka di dalam gua!

Itulah konsep untuk majlis berbuka puasa yang diadakan oleh kumpulan nasyid tersohor Rabbani tahun ini.

Berlangsung setiap hari dari sekarang hingga 12 Jun, majlis ini bertempat di sebuah restoran bernama D’Gua Al-Kahfi. Yang menariknya, ia bercantum dengan sebuah gua!

Jadi anda memang boleh berbuka puasa di situ dulu sebelum naik ke ruang restoran untuk menjamu selera hidangan bufet. Memanglah pelik, tapi bukan selalu ada peluang sebegini.

Anda juga mesti tak sangka yang di tengah-tengah bandar Selangor ada sebuah gua, kan?

Foto: Facebook D’Gua Al-Kahfi

Hak milik seorang lelaki Melayu, gua semulajadi ini dinamakan Gua Al-Kahfi dan ia terletak di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Yang menariknya, gua ini berkonsep Islamik dan dihiasi dengan pelbagai tulisan khat serta lampu bermacam-macam warna.

Bila anda ada masa terluang, anda boleh saja jalan-jalan dan terokai gua semulajadi ini. Jangan risau, gua ini dilengkapi dengan penghawa dingin, so anda takkan rasa claustrophobic atau sesak nafas.

Foto: Facebook D’Gua Al-Kahfi

Kalau anda perlukan gambaran tentang bagaimana rupanya Gua Al-Kahfi ini, tengok video ini:

Di sini ada gambar lain untuk anda check out:

Makan dan layan persembahan artis Malaysia

Selain gua yang istimewa ini, tarikan majlis berbuka di sini ialah bufet yang menawarkan 30 jenis hidangan setiap hari. Konsepnya adalah “makanan sunnah Nusantara ala kampung”. Wah!

Bukan itu saja! Setiap hari, seorang atau sekumpulan artis tempatan seperti Rabbani sendiri, Raihan dan Khai Bahar akan membuat persembahan istimewa sementara anda menjamu selera.

Ada banyak lagi aktiviti menarik seperti tadarus Al-Quran, Qasidah serta solat berjemaah untuk Maghrib, Isyak dan terawikh. Imam dan surau ada disediakan. Moreh pun ada!

Buat tempahan sekarang!

Harga untuk orang dewasa ialah RM69 manakala untuk kanak-kanak, RM30. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah boleh makan free!

Dan dengan berbuka puasa di sini, anda juga berpeluang untuk beramal kerana 10% daripada harga yang anda bayar akan disalurkan ke tabung Kempen Ramadan Al-Khair Syria Care.

Tunggu apa lagi? Jom buat tempahan sekarang! Sila hubungi 011-3262 1042 atau 017-506 6119 ya.

Ad Ops