Ini Reaksi Siti Nurhaliza Pertama Kali Bergelar Ibu

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya sekarang ini sedang menikmati saat bahagia bersama bayi comelnya yang diberikan nama sementara sebagai Fatimah Az-Zahra. Dan, rata-rata netizen dan peminat beliau ingin mengetahui agaknya, bagaimanakah perasaan penyanyi ini selepas melahirkan cahaya matanya pada 19 Mac lepas.

Menurut pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak berkata, Siti begitu gembira saat bertentangan mata dengan Fatimah. 

“Tergambar rasa seronok Siti saat bertentang mata dengan anaknya. Rasa macam dalam mimpi. Siti juga mula berasakan nikmat menyusukan anak walaupun agak kekok kerana masih baharu dan penat. Pada masa sama, jururawat banyak membantu Siti dan bayi untuk menyesuaikan diri pada hari kedua selepas kelahiran.” Jelasnya

Malah, Datuk Siti juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan sedih beliau kerana akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas 11 tahun usia perkahwinan beliau bersama Datuk K.

“Apabila dapat berjumpas dengan Siti, saya terus bertanya kepadanya apa yang dia rasa selepas melihat bayi sendiri. Siti berkata, semasa doktor meletakkan bayi dia sangat gembira dan tidak fikir perkara lain. Siti juga menangis. Menurut Siti, dia juga seperti bermimpi dan tidak percaya sudah memiliki cahaya mata. Malah bukan Siti sahaja, tetapi saya sebagai orang yang rapat dengan siti pun berasa perkara yang sama.  Sebab tempoh 11 tahun itu terlalu lama.” Katanya

Rozi yang setia menemani Siti Nurhaliza turut memaklumkan bahawa, Siti akan terus berada di wad memandangkan keadaannya masih memerlukan pengawasan doktor.

Tambahnya lagi, Siti akan bercuti selama tiga bulan bagi menjalani proses berpantang selain berehat dan menjalani proses pemulihan. Dan, tempoh itu juga akan dimanfaatkan oleh Siti untuk terus fokus kepada bayi comel pipi merah nya. 

Dalam perkembangan lain, video muzik Comel Pipi Merah yang bakal menampilkan permata hati Siti akan dilancarkan tidak lama lagi sekiranya tiada aral yang melintang. Tunggu!

Salma Syahbuddin