Ini Sebab Kenapa Korang Kena Layan Drama Terbaru “The Promise” Di 8TV

Saluran 8TV bakal muncul dengan drama terbaru, “The Promise”. Drama yang akan bersiaran pada 13 Mei bermula Hari Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam.

1.Kisah Pengembara Masa (Time Traveller) Antara Shao Ting dan Wen An

Drama yang mempunyai 26 episod ini mengisahkan  Shao Ting (Emily Chan) dan datuk saudaranya, Wen An (Jordan Sen). Dalam satu situasi melibatkan renjatan elektrik, Wen An dibawa  tinggal ke zaman kini bersama Shao Tin. Wen An terpaksa menyesuaikan diri dengan perbezaan teknologi dan sosiologi zaman moden serba canggih sekarang.

2. Konflik Kemelut Keluarga

Semasa di tahun 1940-an, Shao Ting mengetahui bahawa keluarga nenek moyangnya mempunyai perniagaan tekstil. Walaupun kehidupan mereka sangat mewah,pemikiran mereka amat kolot. Mereka merasakan Shao Ting akan memberi kesusahan kepada mereka sekeluarga. Shao Ting juga menjadi punca kegagalan perkahwinan diantara Wen An dan Xin Lan (Mayjune Tan). Tidak lama kemudian, Perang Dunia Kedua tercetus,menambahkan lagi konflik dalam kehidupan Shao Ting.

3. Menampilkan selebriti popular

Drama arahan Jason Kok ini menampilkan selebriti popular tanah air yang lain seperti Jordan Sen, Mayjune Tan, Coby Chong dan Yuan Teng.

4. Terlepas menonton di TV8? YouTube 8TV kan ada!

Episod pertama akan bersiaran langsung di YouTube 8TV serentak dengan siaran TV. Seterusnya, penonton boleh mengikuti drama rantaian ini di YouTube 8TV selepas siaran di televisyen pada hari yang sama bermula 11.45 malam. Ikuti laman sosial Facebook, YouTube, Instagram 8TV, dan juga Facebook & Instagram Primori8 untuk mendapatkan info terkini tentang program-program menarik sajian 8TV!

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”