Sebanyak 30 buah lagu telah berjaya menembusi semi final muzik-muzik yang ke-33. Antara lagu-lagu yang layak adalah berdasarkan undian peminat di carta MM33. Dan, kalau musim lalu undian juga boleh dibuat secara wild card menerusi showcase MM, kali ini tiada lagi jalan pintas untuk artis-artis yang tercalon.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak berkata, program seperti MM33 ini adalah salah satu cabang atau laluan bagi para artis untk mencipta nama dan memberi persembahan terbaik buta peminat-peminat mereka.
” Adalah menjadi kebiasaan TV3 untuk menyajikan pelbagai program hiburan menarik untuk tontonan umum. Dan, Muzik-muzik merupakan satu-satunya laluan untuk penyanyi-penyanyi terkenal Malaysia mengorak langkah mencipta kejayaan ke Antis untuk menonjolkAN BAKAT ugerah Juara Lagu.” Katanya
Kali ini antara calon artis yang terlibat dalam SFMM33 juga menyaksikan pertembungan artis lama dan baharu bagi merebut gelaran siapakah bakal beraksi di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 33 kali ini.
Rata-rata artis yang tercalon menyifatkan semi final MM33 memang sangat mencabar dan apa yang diharapkan oleh mereka adalah melakukan yang terbaik dalam setiap persembahan mereka.
Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu pertama, 9 November 2018)
Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua, 16 November 2018)
Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Ketiga, 23 November 2018)
Saksikan juga persembahan pembukaan hos-hos SFMM 33 yang menampilkan parodi AJL32, K-pop dan mash-up lagu-lagu yang tular kini. Selain itu, SFMM33 juga memaparkan persembahan gabungan artis lama dan baharu seperti Bumi Putra Rockers, Black, Flop Poppy, Hafiz Suip, Gersang dan Hazama.
SFMM 33 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM. Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir pada hari Selasa setiap minggu konsert tersebut (6, 13 dan 20 November 2018) di Balai Pengawal Sri Pentas, Bandar Utama dan Balai Pengawal, Sri Pentas 2, Aras 5, Plaza Alam Sentral seawal jam 11 pagi.
Dan, kepada para peminat yang ingin mengetahui info terkini, korang boleh ikuti SFMM33 dilaman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM33. Malah, para pengunjung yang tidak berpeluang untuk menyaksikan Muzik Muzik 33 Separuh Akhir di kaca televisyen juga, boleh menonton secara online di saluran Youtube TV3. Atau menerusi platform digital kami di www.xtra.com.my/muzikmuzik
Jangan lupa untuk hashtag #SFMM33 bagi menghangatkan lagi Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir di laman sosial anda ya!
Jangan lupa saksikan!
“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” - PU RIZ
Love the good vibes!